Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penghuni rumah tumpangan Darul Islah wujudkan 'rumah baru' bagi keluarga flat sewa ini

Sambutan Hari Raya Haji dan Hari Kebangsaan bagi keluarga Cik Nur Erica Medinah Jaafar dan suaminya, Encik Husin, lebih manis lagi tahun ini selepas rumah mereka menerima satu "suntikan kesegaran", hasil Projek Kebahagiaan Jamiyah Darul Islah.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sambutan Hari Raya Haji dan Hari Kebangsaan bagi keluarga Cik Nur Erica Medinah Jaafar dan suaminya, Encik Husin, lebih manis lagi tahun ini selepas rumah mereka menerima satu "suntikan kesegaran", hasil Projek Kebahagiaan Jamiyah Darul Islah.

Meskipun inisiatif berkenaan dijayakan di tengah-tengah pandemik COVID-19, ia tidak menghambat usaha untuk membuat flat sewa satu bilik bagi keluarga lima beranak itu tampak lebih berseri.

Kelengkapan rumah yang baru dengan barangan baru ditaja di bawah Projek Kebahagiaan Darul Islah Jamiyah. Ini selepas keluarga Cik Erica adalah satu-satunya keluarga dipilih mendapat bantuan bernilai sekitar $1,500 bagi edisi terkini projek tersebut.

"Saya sangat teruja, gembira dan saya sangat bersyukur atas semua bantuan ini. Saya juga pertama kali menerima bantuan begini," katanya.

Namun begitu, usaha murni Jamiyah itu lebih mencabar tahun ini kerana jika dalam edisi-edisi sebelum ini, Jamiyah punya masa sehingga seminggu untuk mengubah elok rumah penerima bantuan, kali ini ia hanya ada sehari saja kerana COVID-19.

Lantaran itu, pendekatan projek berkenaan terpaksa disesuaikan mengikut langkah-langkah keselamatan sedia ada.

"Kami tidak membuat pembersihan rumah atau mengecat rumah Puan Erica dan juga kita tidak melibatkan penghuni Rumah Tumpangan Jamiyah yang ada sekarang. Sebaliknya, kita melibatkan tenaga dan kemahiran para alumni kami untuk melaksanakan tugas projek ini," kata Ketua Darul Islah Jamiyah Mohd Faizal Abas.

Kemampuan Jamiyah mengubah operasi mengikut keperluan semasa sebegini dipuji Datuk Bandar CDC Tenggara Mohd Fahmi Aliman.

Beliau berharap ia menjadi contoh baik bahawa bantuan kepada masyarakat masih dapat diteruskan walaupun dalam tempoh sukar ini.

Beliau berkata: "Saya rasa ini adalah inisiatif yang bagus dari asas yang mana kita boleh menggabungkan semua inisiatif-inisiatif ini dan kita boleh gerakkan bersama di mana kita boleh membantu lebih ramai masyarakat tidak kira bangsa atau agama."

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan