Skip to main content

Singapura

Penghuni Rumah Peralihan Darul Islah bersihkan rumah penduduk memerlukan jelang Deepavali

Terharu tatkala melihat rumahnya berwajah baru menjelang perayaan Deepavali. Cik Sandra d/o Kanna Pitchaymuthu, 56 tahun, tidak berkerja dan ditimpa dengan pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Terharu tatkala melihat rumahnya berwajah baru menjelang perayaan Deepavali.

Cik Sandra d/o Kanna Pitchaymuthu, 56 tahun, tidak berkerja dan ditimpa dengan pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Melihat nasibnya itu, Rumah Peralihan Jamiyah Darul Islah datang menghulurkan bantuan dengan membersihkan dan mengecat serta membelikan peralatan baru untuk rumahnya.

Usaha murni tersebut dimulakan pada Jumaat lalu (18 Okt) dan berakhir pada malam semalam (24 Okt).

"Saya rasa sangat gembira kerana kini rumah saya kelihatan sangat baru jadi saya rasa bersyukur kepada Jamiyah kerana mereka datang dan melakukan semua ini untuk saya," katanya.

Cik Sandra d/o Kanna Pitchaymuthu.

Meskipun beragama Hindu, Cik Sandra memang sentiasa dibantu oleh Jamiyah di bawah Jabatan Pendampingan dan Pembangunan Masyarakat (CODD).

Setiap dua bulan, Bank Makanan Jamiyah akan memberikanya bekalan makanan.

BANTU TIDAK KIRA BANGSA, AGAMA

Dilancarkan pada tahun ini, 'Project Happiness' bertujuan membantu masyarakat Singapura yang memerlukan tidak kira bangsa dan agama menjelang musim perayaan.

Ini termasuk perayaan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina.

Golongan pesalah dadah menyumbang bakti kepada masyarakat memerlukan sempena Deepavali

Selain itu, projek kedua di bawah 'Project Happiness' itu turut memberi peluang kepada penghuni-penghuni Rumah Peralihan Jamiyah, yang terdiri daripada golongan pesalah dadah untuk menyumbang bakti kepada anggota masyarakat yang memerlukan.

Bagi membersihkan rumah Cik Sandra misalnya, tujuh penghuni dan dua kakitangan Darul Islah menyingsing lengan bagi menjayakan projek itu.

"Kami berharap mereka memupuk sifat kasih mengasihani, sayang menyayangi dan juga sifat kerja sepasukan," kata Encik Mohamad Faizal Abas, Ketua Rumah Peralihan Jamiyah.

Encik Faizal berkongsi bahawa projek ketiga di bawah 'Project Happiness' itu akan dijalankan pada musim perayaan Tahun Baru Cina yang akan menjelang nanti.  

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita