Penghuni Rumah Kebajikan Muhammadiyah seronok berbuka bersama keluarga tersayang
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) mengadakan acara tahunannya, Iftar bersama keluarga pada Jumaat (22 Mac).
Acara itu dihadiri 230 orang termasuk para penghuni RKM dan keluarga mereka.
Ia memberi para penghuni peluang untuk para penghuni mempererat tali persaudaraan dan memupuk kebersamaan dengan keluarga mereka dalam bulan yang mulia ini.
Majlis iftar di RKM itu turut dihadiri oleh AP GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha.
Encik Sharael memberitahu wartawan Nur Arina Ahmad Anis, acara sebegitu menunjukkan bahawa masyarakat memberi sokongan kepada para penghuni RKM dan membantu meningkatkan keyakinan diri mereka untuk berjaya pada masa hadapan.
"Ada juga sebahagian daripada para belia kita yang tidak mempunyai keluarga untuk mereka pulang kepada. Dan untuk para belia ini, sangatlah penting untuk kita sebagai masyarakat memberi mereka sokongan dan memberi mereka keyakinan yang mereka bukan bersendirian. Inilah sangatlah penting terutama lagi di bulan Ramadan dan pada Hari Raya," kata Encik Sharael.
RKM ANJUR PELBAGAI PROGRAM RAMADAN
Menurut RKM, pelbagai program telah disediakan untuk para penghuni untuk Ramadan ini dan Hari Raya yang bakal menjelang.
Antaranya termasuk kelas 'Motivasi Ramadan' dan hafalan.
Malah menurut Ketua Rumah, Cik Rahmatunnisa Abdul Majeed, lima penghuni RKM telah menyahut cabaran untuk membaca dan khatam Al-Quran semasa bulan Ramadan ini.
Selain itu, para penghuni juga dibawa ke masjid sekurang-kurangnya sekali dalam sehari dan mendapat bimbingan menunaikan ibadah seperti mengerjakan solat Terawih dan solat Dhuha.
"Anak-anak dibawa ke masjid satu kali sehari setidaknya untuk melatih mereka membiasakan diri ke masjid dan juga mendekatkan diri kepada masyarakat. Juga lagi satu program, ialah 'Projek Give Back' di mana anak-anak menjadi sukarelawan dan mereka ke Masjid Al-Istighfar dan juga akar umbi Pasir Ris untuk menyumbang kembali kepada masyarakat," tambah Cik Rahmatunnisa.
Meskipun para penghuni berjauhan dengan keluarga, RKM berusaha untuk membuat Ramadan dan Hari Raya ini istimewa buat mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.