Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penghuni RKM nikmati ruang kediaman persis seperti flat HDB, di bangunan barunya

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Penghuni Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) kini dapat menikmati suasana kehidupan persis seperti di rumah sendiri.

Ini selepas RKM membuat penyesuaian terhadap model penjagaan premis barunya di Elias Road.

37 penghuninya kini ditempatkan ruang-ruang kediaman atau "living spaces" seakan sebuah flat HDB, lengkap dengan ruang makan, bilik tidur dan kamar mandi.

"Kita ingin memupuk semangat atau sifat kekeluargaan di antara para penghuni supaya mereka dapat saling bertanggungjawab di antara sesama mereka. Kakitangan kami juga seperti ibu bapa mereka yang menjaga dan meneliti sebarang isu yang dihadapi mereka," jelas Pengerusi RKM, Ustaz Muhammad Azri Azman.

Gambar: ROSLI A RAZAK

"Setiap tiga bulan kita akan kita akan mengkaji semula keperluan serta pembangunan setiap dan penghuni akan dipindahkan ke kumpulan lain yang lebih sesuai jika perlu," tambah beliau.

Sebelum ini, bangunan RKM terletak di Bedok North dan mereka berpindah ke Pasir Ris pada Jun lalu.

Premis RKM yang baru itu boleh menempatkan 66 penghuni kesemuanya.

Perubahan ini juga disambut baik para penghuni RKM seperti 'Lan', bukan nama sebenar.

Seperti kebanyakan penghuni RKM, 'Lan' tidak pernah merasakan kehidupan berkeluarga seperti rakan-rakan sebayanya yang lain.

Gambar: ROSLI A RAZAK

Sejak pertengahan tahun lalu, belia berusia 18 tahun itu menjadi abang kepada tujuh "adik angkat" yang berkongsi ruang dengannya.

Setiap ruang dikongsi seramai lapan orang berusia antara 13 tahun hingga 19 tahun. Mereka dipadankan berdasarkan latar belakang kes serta personaliti mereka.

"Saya lebih suka di sini kerana dapat mengeratkan silaturahim dengan penghuni lain. Pada masa yang sama, ia menawarkan saya lebih privasi," kongsi "Lan"

Premis RKM yang baru itu dibahagikan kepada empat blok yang menempatkan pejabat, sebuah Hab Pembelajaran, galeri seni, ruang kaunseling dan sebuah dewan serba guna.

Gambar: ROSLI A RAZAK

Terletak berdekatan dengan pantai Pasir Ris, pihak RKM juga merancang untuk menganjurkan lebih banyak kegiatan riadah dan sosial buat para penghuninya memandangkan lebih banyak sekatan COVID-19 dilonggarkan kini.

Malah buat pertama kalinya sejak dua tahun lalu, RKM menganjurkan majlis berbuka puasa hari ini (8 April) secara fizikal.

Acara itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli.

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa