Penghuni kediaman privet Sentosa Cove dihukum penjara 10 bulan kerana dera 2 amahnya
Anggaran Waktu Membaca:
Tan Lee Hoon dilihat keluar dari Mahkamah Negara pada 8 Dis 2020. (Gambar: Jeremy Long)
SINGAPURA: Seorang wanita didapati bersalah pada Jumaat (27 Jan) kerana menganiaya dua pembantu rumah di kediamannya yang terletak di Sentosa Cove. Dia dijatuhi hukuman penjara selama 10 bulan dan diarahkan supaya membayar pampasan kepada setiap mangsa tersebut.
Tan Lee Hoon, 58 tahun, menafikan tuduhan bahawa dia mencederakan dua pembantu rumah tersebut semasa perbicaraan yang bermula pada Disember 2020.
Pada Disember lalu, Mahkamah Daerah mendapatinya bersalah bagi tujuh daripada lapan tuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja dan dilepaskan tanpa dibebaskan daripada tuduhan-tuduhan lain.
Peguam bela Tan memberitahu mahkamah bahawa Tan merancang untuk memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.

APA YANG BERLAKU
Kesemua lapan tuduhan berkaitan Tan menuduhnya berkali-kali menyerang kedua-dua pembantu rumahnya yang merupakan warga Filipina, iaitu Cik Lizardo Joan Lozares dan Cik Jenefer Vegafria Arangote.
Kesalahan-kesalahan itu dilakukan di kediaman Tan di Paradise Island, yang merupakan salah satu daripada lima pulau buatan manusia di Sentosa Cove.
Pertuduhan yang dibebaskan pula adalah berkaitan Tan memukul badan Cik Lozares dengan sebatang kayu sekitar tahun 2018 di kediamannya.
Mahkamah diberitahu bahawa penderaan Tan ke atas kedua-dua pembantu rumahnya bermula pada September 2018, iaitu sebulan selepas Cik Lozares dan Cik Vegafria diambil bekerja oleh suami Tan, Sim Guan Huat.
Meskipun Sim, 60 tahun, menggajikan kedua-dua mangsa, Tan yang menguruskan tugas seharian mereka.
Sim dijatuhi hukuman penjara selama lima minggu dan didenda S$8,000 pada Mei 2021 kerana menggajikan Cik Lozares secara haram.
Mahkamah sebelum ini diberitahu bahawa dalam satu insiden, Tan mencederakan Cik Lozares dengan menendang bahagian dadanya sedang dia membantu majikannya menyarung stokin dan kasutnya.
Berdasarkan bukti yang dikemukakan, Cik Lozares berkata Tan memarahinya kerana tersalah memakaikannya stokin.
Tan juga dipercayai mencubit dada, perut, lengan kiri, lengan kanan dan paha kanan Cik Vegafria.
Semasa perbicaraan tersebut, turut didedahkan bahawa Tan mempunyai beberapa masalah kesihatan, serta mengalami kesukaran untuk tidur. Malah, dia perlu diurut pada waktu-waktu luar biasa kerana dia "mengalami kecederaan". Mahkamah diberitahu bahawa Cik Lozares dan Cik Vegafria bergilir-gilir mengurutnya.
Tan dikenakan hukuman penjara antara tiga bulan hingga enam bulan bagi setiap tuduhan dengan dua daripada hukuman-hukuman itu dijalankan secara berturut-turut. Secara keseluruhannya, Tan perlu menjalani hukuman penjara selama 10 bulan.
Tan juga perlu memberi pampasan kepada Cik Lozares sebanyak S$2,500 dan Cik Vegafria pula sebanyak S$5,100.
Sesiapa yang didapati bersalah kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.
Bagi kes-kes di mana kesalahannya melibatkan seorang pembantu rumah, mahkamah mungkin akan menjatuhkan satu setengah ganda hukuman, yang jika tidak dia akan dipertanggungjawabkan atas kesalahan berkenaan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.