Skip to main content

Singapura

Penghubung taman Ulu Pandan dibuka sepenuhnya

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Jun 2024 11:49AM Dikemas Kini : 30 Jun 2024 10:32PM
SINGAPURA: Penghubung taman Ulu Pandan di Clementi yang terjejas akibat tanah runtuh akan dibuka sepenuhnya pada Ahad (30 Jun), berikutan kerja-kerja pembinaan semula yang selesai dijalankan.

Langkah-langkah pengukuhan dilakukan pada sebahagian besar kawasan cerun untuk "menjamin tahap keselamatan yang lebih tinggi," menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Insiden tanah runtuh tersebut berlaku pada 2 September 2022, berdekatan tapak binaan projek Bina Ikut Tempahan (BTO) Clementi NorthArc.
 
DIBUKA SECARA BERPERINGKAT

Fasa pertama daripada tiga kerja-kerja pemulihan melibatkan langkah-langkah untuk mencegah tanah runtuh dan risiko banjir. Ia dilaksanakan pada bulan yang sama.

Dalam fasa kedua, kepingan kelui dipasang untuk menstabilkan cerun. Kerja-kerja tersebut selesai dijalankan pada November 2022.

Dalam kemas kini oleh HDB pada Disember 2022, ia menyatakan bahawa fasa terakhir sudah bermula, yang melibatkan pembaikan terusan, membetulkan bahagian penghubung taman yang rosak, serta membina semula cerun dan struktur tembok projek BTO tersebut.
Sejak itu, HDB menambah bahawa ia "memperkukuhkan beberapa bahagian cerun" serta mereka bentuk dan membina semula cerun di kawasan projek Clementi NorthArc.

Ia juga memperbetulkan bahagian penghubung taman Ulu Pandan (South Bank) antara Commonwealth Avenue West dengan Clementi Avenue 6.

KETERSAMBUNGAN DAN AKSES

Setakat ini, terdapat empat titik akses yang menghubungkan projek Clementi NorthArc dengan penghubung taman itu.

“Penduduk boleh menikmati pemandangan Sungei Ulu Pandan yang indah di platform pemerhatian terletak di sepanjang dua titik akses Penghubung Taman baharu di sebelah Blok 211A,” menurut HDB.

“Tanjakan basikal di kawasan bertangga juga memudahkan mengayuh basikal menolak basikal mereka di tepi tangga dan meningkatkan ketersambungan antara Clementi NorthArc dengan Penghubung Taman Ulu Pandan.”

Titik akses tersebut juga membolehkan pengguna penghubung taman untuk menggunakan kemudahan di kawasan perumahan dengan lebih mudah, seperti ruang-ruang kecergasan, taman permainan dan kawasan tempat duduk tertutup.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita