Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penghantaran bekalan pertama vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak dijadual tiba esok

Vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty memenuhi piawai keselamatan & keberkesanan HSA bagi kanak-kanak 5-11 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Penghantaran bekalan pertama vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak dijadual tiba esok

Bebuli vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak. (Gambar: Pfizer)

SINGAPURA: Penghantaran bekalan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech/Comirnaty bagi kanak-kanak dijangka tiba di Singapura pada Rabu (22 Dis).

Vaksin itu "sudah memenuhi piawai mutu, keselamatan dan keberkesanan yang diluluskan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk digunakan oleh kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 11 tahun," menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa.

Jawatankuasa Pakar bagi Vaksinasi COVID-19 juga menyarankan penggunaannya untuk kumpulan usia tersebut.

MOH sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) mengenai pelaksanaan vaksinasi bagi kanak-kanak yang berusia 5 hingga 11 tahun.

Butiran operasi lanjut akan diumumkan tidak lama lagi oleh MOE dan ECDA, tambah MOH.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan