Penghantar makanan raih gaji lebih tinggi berkemungkinan besar terlibat dalam kemalangan
SINGAPURA: Para pekerja penghantar makanan yang meraih pendapatan lebih tinggi sekitar S$5,000 sebulan, lebih berkemungkinan terlibat dalam kemalangan yang memerlukan rawatan perubatan.
Demikian menurut laporan yang diterbitkan pada Jumaat (4 Nov).
Demikian menurut satu laporan Institut Pengajian Dasar (IPS) yang dikeluakan pada Jumaat (4 Nov). Ia merupakan hasil tinjauan yang dijalankan ke atas lebih 1,000 pekerja hantaran makanan.
Para responden yang ditinjau berusia antara 21 hingga 65 tahun, dengan kebanyakan daripadanya adalah lelaki.
Laporan yang berjudul "Realiti semasa, perlindungan sosial dan keperluan masa depan pekerja penghantar makanan platform di Singapura" dilengkapi dengan temu bual mendalam bersama para penunggang sebagai sebahagian daripada kerja etnografi IPS yang berterusan.
Selain pendapatan, laporan itu turut meninjau waktu yang diluangkan penghantar makanan untuk menjalankan tugas mereka, cabaran-cabaran yang dihadapi, sikap mereka terhadap menyumbang kepada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) serta perlindungan sosial yang diperlukan mereka, antara lain.
Menyentuh tentang dapatan laporan itu pada Jumaat, Zamil Penyelidik Utama dan Ketua Makmal Sosial IPS, Mathew Mathews, berkata walaupun para pekerja penghantar makanan secara umumnya berpuas hati dengan kerja mereka, terdapat beberapa aspek yang perlu ditambah baik.
Sekitar 24 peratus pekerja penghantar makanan yang meraih pendapatan kurang daripada S$1,000 setiap bulan pernah terlibat dalam sekurang-kurangnya satu kemalangan.
Bagaimanapun, perangkaan itu meningkat kepada lebih 36 peratus bagi mereka yang meraih pendapatan lebih S$3,000.
Selain itu, mereka yang menghabiskan masa lebih lama bekerja juga berkemungkinan besar terlibat dalam kemalangan.
Oleh itu, syarikat-syarikat tempatan digesa agar mengambil langkah-langkah untuk melindungi golongan pekerja tersebut dengan lebih baik.
Laporan IPS tersebut juga mendapati para pekerja risau mereka tidak dapat meraih pendapatan yang mencukupi dengan adanya pekerja penghantar baru.
Sekitar 68 peratus responden bimbang tidak dapat meraih pendapatan yang mencukupi dengan persaingan yang semakin sengit.
Simpanan yang tidak mencukupi juga merupakan antara keprihatinan utama.
Walaupun sumbangan CPF boleh menjadi salah satu cara untuk menyediakan perlindungan jangka panjang bagi mereka, hanya separuh daripada responden yang ditinjau menyokong cara itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.