Penghantar makanan guna e-skuter haram diberkas di Yishun
Seorang penghantar makanan yang menggunakan e-skuter yang tidak diluluskan diberkas kerana menjadi "emosi" ketika ditahan para pegawai Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Gambar-gambar tular di media sosial menunjukkan seorang penghantar makanan digari.
SINGAPURA: Seorang penghantar makanan yang menggunakan e-skuter yang tidak diluluskan diberkas kerana menjadi "emosi" ketika ditahan para pegawai Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan ketika menunggang di Yishun Avenue 2 oleh para Pegawai Penguatkuasaan Mobiliti Aktif LTA.
E-skuter berkenaan ditimbang dan didapati melebihi berat yang dibenarkan iaitu seberat 20 kilogram, menurut LTA.
"Ketika pegawai penguatkuasaan kami menjelaskan kepadanya tentang kesalahan yang dilakukan, dia menjadi beremosi lalu baring di jalan raya," menurut LTA.
"Atas keselamatan penghantar makanan itu dan pengguna jalan raya lain, para pegawai polis tambahan yang berada di tempat kejadian menahannya buat seketika sehingga polis tiba."
Polis menyatakan bahwa ia dimaklumkan tentang kes tindakan terburu-buru itu pada sekitar 10.30 pagi. Lelaki terbabit ditahan dan siasatan dijalankan, menurutnya.
LTA menyatakan bahawa alat-alat mobiliti peribadi yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan digunakan di laluan awam akan dirampas bagi siasatan lanjut, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menjaga keselamatan awam.
Di bawah undang-undang mobiliti aktif baru, berat e-skuter tidak boleh melebihi 20 kilogram, lebih lebar dari 700mm dan kelajuan tidak melebihi 25km/j.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.