Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penghantar makanan Foodpanda dipenjara; tumbuk pesaing wanita kerana sangka mencuri

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perbualan kosong antara dua pekerja penghantaran makanan berubah menjadi ganas, apabila salah seorang daripada mereka menuduh seorang lagi mencuri jaket dan seluar kerjanya. Apabila pekerja wanita yang dituduh itu menafikannya, Chia Kok Ann menghempas telefon bimbit wanita itu sehingga pecah dan menumbuknya di kepala.

Pada Isnin (5 Dis), Chia, 37 tahun dijatuhi hukuman penjara seminggu dan didenda S$3,000 selepas dia mengaku bersalah atas satu tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan dan satu lagi kerana berkelakuan nakal terhadap Cik Oon Ling Ling, 42 tahun.

Tuduhan ketiga kerana melakukan gangguan juga diambil kira dalam menjatuhkan hukuman.

Timbalan Pendakwa Raya Gan Ee Kiat memberitahu mahkamah bahawa Chia menyerang Cik Oon pada tengah hari 17 Januari tahun lalu ketika dia bekerja dengan platform penghantaran makanan, Foodpanda.

Cik Oon, yang bekerja dengan syarikat pesaing, Deliveroo, sedang membeli rokok di kedai 7-11 di Oasis Terrace di Punggol apabila dia ternampak Chia sedang menunggu pesanannya. Dia pun memutuskan untuk berbual kosong dengan Chia.

Selepas membeli rokoknya, Cik Oon pun kembali ke basikalnya, yang diletakkan di pintu keluar Stesen LRT Oasis.

Chia menghampiri Cik Oon dan menuduh wanita itu mencuri jaket dan seluar kerjanya, yang mana wanita tersebut menafikannya.

Chia naik marah dan merampas telefon bimbit Cik Oon, sebuah iPhone 11 Pro Max yang bernilai sekitar S$2,000 lalu melontarnya ke lantai, menyebabkannya musnah.

Chia kemudiannya menumbuk kepala Cik Oon sehingga dia terjatuh.

Chia dikatakan meninggalkan tempat kejadian selepas saksi yang hadir campur tangan dan cuba mengasingkan mereka.

Akibat serangan tersebut, Cik Oon cedera di gegendang telinganya.

Sesiapa yang didapati bersalah sengaja menyebabkan kecederaan boleh dipenjara sehingga dua tahun, atau didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan