Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penghadang bunyi rosak selepas alat jengkaut terbalik di tapak MRT Laluan Rentas Pulau di Pasir Ris

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pihak berkuasa mengenakan penangguhan keselamatan di tapak pembinaan stesen Pasir Ris East, selepas sebuah panel penghadang bunyi rosak dalam satu kejadian pada Selasa (16 Jan).

Stesen tersebut merupakan sebahagian daripada rangkaian MRT Laluan Rentas Pulau.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan tiada pekerja yang cedera dan ia menggesa penangguhan keselamatan dilaksanakan untuk memeriksa tapak tersebut dalam keadaan teratur, sebelum membenarkan kontraktor meneruskan pekerjaan.

Sebuah mesin pengorek terbalik di tapak tersebut, berdekatan Blok 208 Pasir Ris Street 21 sekitar pukul 5.00 petang pada 16 Januari, dedah LTA pada Jumaat (19 Jan) dalam respons kepada soalan Mediacorp.

Penghadang bunyi rosak disebabkan mesin pengorek yang terbalik itu, iaitu seperti alat jengkaut yang mengangkat tanah dengan penyepit.

Blok perumahan berdekatan tidak mengalami sebarang kerosakan, tambah LTA.
 
Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu Mediacorp pada Jumaat bahawa tiada laporan dibuat berkaitan insiden itu.

Penghadang bunyi yang rosak itu sudah dialihkan dan baki prasarananya sudah disahkan selamat oleh seorang jurutera profesional, dedah LTA.

Ia menambah bahawa kerja-kerja pembinaan sudah disambung semula.

Sementara penghadang tersebut dibetulkan, sebuah penghadang yang dikembungkan angin dipasang buat sementara waktu sebagai menghalang bunyi bising.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan