Penggunaan TraceTogether mula diwajibkan di beberapa tempat
Penggunaan TraceTogether kini diwajibkan di beberapa tempat awam di tengah-tengah kenaikan kes COVID-19.
SINGAPURA: Penggunaan TraceTogether kini diwajibkan di beberapa tempat awam di tengah-tengah kenaikan kes COVID-19.
Antaranya termasuklah di pasar Chong Pang yang dikenal pasti sebagai salah satu pasar yang dikunjungi begitu ramai orang.
Hari ini (17 Mei) hari pertama penggunaan TraceTogether diwajibkan di pasar tersebut.
Ketika Mediacorp turun padang ke tempat itu pagi tadi, tidak ramai orang dilihat sedang beratur.
Pengunjung rata-rata tidak menghadapi sebarang masalah untuk masuk ke pasar setelah mendaftar masuk menggunakan TraceTogether.
Namun ada yang berdepan cabaran seperti memerlukan bantuan untuk memuat turun aplikasi TraceTogether. Ada juga yang tidak boleh menggunakan token mereka kerana ia kehabisan bateri.
Proses di pusat-pusat beli belah pula umumnya lancar, dengan jumlah pengunjung berkurangan daripada biasa.
Sejauh ini lebih lima juta orang sudah menggunakan TraceTogether.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.