Penggunaan telefon bijak di sekolah menengah diperketatkan, tapi pelajar tetap cuba elak peraturan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mulai Januari 2026, pelajar sekolah menengah tidak akan dibenarkan menggunakan peranti seperti telefon bijak dan jam tangan bijak semasa waktu sekolah, termasuk waktu rehat, aktiviti ko-kurikular, serta pelajaran tambahan, pengayaan atau pemulihan. Peranti mesti disimpan di kawasan penyimpanan yang ditetapkan atau dalam beg sekolah pelajar.
Garis panduan yang sama sudah digunakan di sekolah rendah kerana ia dilaksanakan pada awal 2025 untuk memupuk tabiat penggunaan skrin yang lebih sihat.
Ibu bapa dan guru yang ditemubual Mediacorp secara umumnya menyokong lanjutan peraturan tersebut ke sekolah menengah, dengan sesetengah mengatakan langkah itu sudah lama tertunda. Namun, ramai yang mempersoalkan sama ada sekolah akan dapat menguatkuasakan garis panduan ini secara konsisten.
PELAJAR AKAN MENCARI CARA UNTUK MENGELAK PERATURAN
Sebagai contoh, Encik Aylwin Lam, 48 tahun, mengatakan bahawa pelajar dibenarkan menyimpan telefon mereka dalam beg, tetapi beliau tidak bersetuju dengan pendekatan ini.
"Sekolah harus meminta pelajar meletakkan telefon mereka dalam lokar, yang merupakan cara yang lebih baik untuk memastikan mereka tidak akan dapat menggunakan telefon mereka semasa waktu rehat," kata Encik Lam.
Beliau menambah, para pelajar "boleh mencari pelbagai cara untuk mengelak peraturan".
Beberapa ibu bapa juga berkata bahawa pelajar boleh mengelak sekatan melalui peranti pembelajaran peribadi mereka, yang mungkin membenarkan akses kepada WhatsApp versi Web, Telegram dan platform lain. Peranti pembelajaran peribadi adalah komputer riba atau tablet yang ditetapkan oleh sekolah untuk membantu pelajar sekolah menengah dalam pembelajaran mereka — hanya aplikasi yang diluluskan oleh sekolah boleh dipasang.
GURU-GURU: KAMI TIDAK BOLEH PANTAU SEMUA PADA MASA YANG SAMA
Polly, seorang guru sekolah menengah yang sudah mengajar selama lebih 10 tahun, berkata bahawa terdapat "keresahan yang semakin meningkat" dalam kalangan ibu bapa, yang sering meminta nasihat tentang cara mengurus masa penggunaan skrin anak-anak mereka di tengah-tengah jadual kerja mereka.
"Mereka bimbang tentang ketagihan, mereka bimbang tentang tingkah laku obsesif kompulsif berkaitan peranti. Mereka juga bimbang tentang apa yang berlaku apabila peranti diambil daripada anak... mereka akan buat perangai dan juga timbul masalah tentang cara mengawal kemarahan mereka apabila telefon dirampas," tambahnya.
"Walaupun kami secara umumnya tidak menggalakkan pelajar menggunakan telefon mereka di bilik darjah, jika berlaku kecemasan, kami tiada pilihan melainkan membenarkannya," kata guru yang enggan dinamakan kerana beliau tidak dibenarkan bercakap kepada media.
Beliau menjangkakan bahawa peraturan baharu itu adalah isyarat daripada MOE bahawa akan ada penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap dasar larangan telefon bijak.
Namun, tetap ada cabaran yang bakal dialami, katanya. "Guru-guru tidak boleh pantau semua pelajar pada masa yang sama."
Pelajar yang tahu rakan-rakan mereka melanggar peraturan mungkin tidak akan melaporkan mereka kerana takut ia mengundang ejekan, katanya.
"Secara peribadi, saya rasa pelajar perlu memahami alasannya. Jika anda hanya menguatkuasakan... jika pelajar hanya berasa seolah-olah semua guru cuba menangkap mereka, maka peraturan itu hanya sia-sia."
LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU 'MENGIMBANGI SEMULA' MASA SKRIN
Walaupun beberapa penyesuaian mungkin diperlukan, akan ada manfaatnya jika langkah-langkah tersebut dilaksanakan secara konsisten dan lestari, kata Profesor Michael Chia, yang mengkaji penggunaan masa skrin di Institut Pendidikan Nasional di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
"Dalam sebarang langkah penguatkuasaan, guru harus disokong secara lestari dan mereka boleh memberikan maklum balas sebenar dari lapangan tentang cara terbaik untuk menguatkuasakan langkah-langkah baharu ini. Adalah penting untuk melibatkan pelajar di semua peringkat dalam usaha kolektif ini dan mendapatkan sokongan daripada mereka," tambahnya.
Mengehadkan lagi penggunaan telefon bijak di sekolah akan membantu untuk "mengimbangi semula masa skrin berbanding masa yang lain" secara lebih konsisten, kata Prof Chia.
Pada asasnya, langkah-langkah baharu ini memastikan kanak-kanak dan remaja dapat mengalami kehidupan di luar skrin semasa mereka masih membesar dan mengenali diri mereka sendiri tanpa pengaruh media sosial yang boleh menggugat realiti, tambahnya.
Ibu bapa seperti Encik Jason Chew, yang mempunyai dua anak perempuan yang pernah bersekolah di Australia selama setahun, juga akur perlu bergelut untuk mendapatkan perhatian anak-anaknya.
Beliau bersetuju bahawa peranti bersaing secara langsung dengan interaksi dunia sebenar — dan melihat perbezaan ketara dalam tingkah laku anak-anaknya apabila penggunaan telefon dihadkan dengan lebih ketat.
Encik Chew melihat bagaimana larangan telefon bimbit dan peranti peribadi lain di semua sekolah awam di Australia Selatan mulai 2023 membantu anak-anaknya, yang kini berusia 12 dan 13 tahun.
"Di sana, anak-anak saya sudah biasa untuk tidak menggunakan telefon mereka secara keterlaluan kerana semua kanak-kanak berada pada tahap yang sama. Mereka benar-benar tidak menggunakannya," kongsi Encik Chew.
Namun, sejak kembali ke Singapura, anak-anaknya sering meminta masa skrin 15 minit untuk membalas mesej rakan-rakan mereka serta-merta selepas beliau mengambil mereka dari sekolah.
Kedua-dua anaknya akan menghadiri dua sekolah menengah yang berbeza mulai tahun depan. Kebimbangan utama Encik Chew adalah bagaimana menghubungi mereka semasa mengambil mereka dari sekolah. Beliau sudah pun menggunakan fungsi iPhone untuk mengehadkan masa skrin mereka – anak-anak perempuannya perlu meminta kebenaran untuk menggunakan telefon mereka.
"Mungkin adalah baik memberikan mereka masa sekitar 10 minit untuk menghubungi kami, dan ia boleh dikawal selia," tambahnya.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.