Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penggunaan teknologi, masalah pekerja antara isu utama industri jelang Belanjawan

Penggunaan teknologi, perluasan ke luar negara dan kekurangan tenaga manusia adalah antara isu yang dibincangkan kumpulan-kumpulan industri menjelang pembentangan Belanjawan bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jan 2021 08:09PM Dikemas Kini : 14 Jan 2021 08:50PM

SINGAPURA: Penggunaan teknologi, perluasan ke luar negara dan kekurangan tenaga manusia adalah antara isu yang dibincangkan kumpulan-kumpulan industri menjelang pembentangan Belanjawan bulan depan.

Dialog itu melibatkan persatuan industri-industri seperti hartanah, perkilangan, teknologi dan runcit yang mewakili lebih 50,000 perniagaan di Singapura.

Semasa persidangan meja bulat secara maya yang dianjurkan Institut Akauntan Berkanun Singapura, para peserta membincangkan cara-cara memanfaatkan geran pemerintah secara berkesan.

Meskipun program seperti Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) bertujuan mengekalkan pekerjaan, terdapat keprihatinan, JSS juga menyokong perniagaan yang kurang cekap.

Persatuan Runcit Singapura menyarankan agar persatuan dan dewan-dewan perdagangan didampingi untuk menilai kesan permohonan dan kesan dasar-dasar bantuan.

Sektor-sektor lain seperti binaan menambah, batasan tenaga kerja menyukarkan proses menyiapkan projek.

Sektor itu meminta kelonggaran dalam pengambilan pekerja asing bagi jawatan-jawatan yang tidak dapat dipenuhi bakat tempatan.

Sumber : CNA/ZM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan