Penggunaan rizab bagi pelaburan harus dipertimbang sebagai pilihan terakhir: Liang Eng Hwa
Menggunakan rizab negara bagi membiayai pelaburan ekonomi negara harus dipertimbangkan sebagai pilihan terakhir.
SINGAPURA: Menggunakan rizab negara bagi membiayai pelaburan ekonomi negara harus dipertimbangkan sebagai pilihan terakhir.
Anggota Parlimen yang juga Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi Kewangan, Perdagangan dan Industri Liang Eng Hwa berkata mengambil pinjaman dari rizab negara bagi membiayai pelaburan yang bertujuan membantu rakyat Singapura keluar daripada pamdemik ini dengan lebih teguh, adalah wajar.
Namun, had yang ketat harus ditetapkan bagi pinjaman sedemikian sebagai langkah berjimat-cermat.
Buat tahun kedua berturut-turut, Singapura akan menggunakan rizab negara untuk membiayai langkah-langkah yang diperlukan bagi menangani COVID-19.
Jumlah yang dikeluarkan dari rizab negara sepanjang dua tahun kewangan ini bernilai hampir S$54 bilion.
Encik Liang Eng Hwa menekankan mengenai mengekalkan rizab Singapura.
"Rizab adalah sokongan kecemasan kita dan kita perlu mengekalkan atau mengembangkan jumlahnya bagi memastikan sumbangan pulangan pelaburan bersih (NIRC) yang lebih tinggi atau sama.
"Setiap kali kita mengambil dari rizab negara, ia juga bermakna menjual sebahagian pelaburan kewangan kita dan maka itu kita akan ketinggalan dari segi hasil daripada pelaburan-pelaburan ini dalam jangka masa panjang," kata Encik Liang Eng Hwa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.