Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penggunaan PMD ada kaitan dengan isu sosio-ekonomi masyarakat

Penggunaan alat mobiliti peribadi atau PMD - adakah ia patut diharamkan gara-gara pelbagai isu yang ditimbulkannya selain penggunaan tidak bertanggungjawab.

Anggaran Waktu Membaca:
Penggunaan PMD ada kaitan dengan isu sosio-ekonomi masyarakat

Gambar fail sebuah skuter elektronik digunakan. (Gambar: AFP/Tobias Schwarz)

SINGAPURA: Penggunaan alat mobiliti peribadi atau PMD - adakah ia patut diharamkan gara-gara pelbagai isu yang ditimbulkannya selain penggunaan tidak bertanggungjawab.

Dalam kupasannya, seorang penyelidik di Institut Kajian Dasar (IPS), Dr Mohamad Shamsuri Juhari, menarik perhatian betapa pengunaan PMD, punya kaitan dengan isu sosio-ekonomi masyarakat.

Dalam wawancara dengan rancangan DETIK tentang isu pengharaman PMD, beliau berkata PMD antara lain membantu golongan dibuang kerja atau pencari kerja sambilan, untuk mencari nafkah.

Pengunaan PMD juga membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya untuk bekerja sebagai pekerja penghantaran makanan, tambah beliau.

Menurut kajian yang beliau jalankan, ramai yang menggunakan PMD bagi tujuan tersebut.

Jadi, pengharaman PMD akan menjejas golongan tersebut. Mata pencarian golongan pekerja penghantaran makanan akan amat terganggu sekiranya pengunaan PMD diharamkan.

Kajian Dr Shamsuri turut mendedahkan bahawa PMD juga banyak digunakan di estet-estet perumahan yang baru di mana prasarana awamnya belum lagi siap sepenuhnya dan oleh pekerja yang tinggal berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

Golongan emas juga banyak menggunakan alat tersebut untuk bergerak kerana mereka tidak kuat berjalan jauh.

Sebagai antara jalan keluarnya, kata Zamil IPS itu, para penunggang PMD dapat dilatih tentang etika menggunakan jalan raya and laluan awam. Road Safety Park atau Taman

Keselamatan Jalan Raya boleh dimanfaatkan untuk tujuan itu, kata beliau.

Ini khususnya bagi pengguna muda yang mungkin kurang tahu tentang undang-undang jalan raya.

"Kita perlu mengadakan undang-undang di mana golongan seperti ini harus menjalani latihan. Mereka belajar etika - bila harus diberi perjalanan kaki, tempat mana yang boleh mereka gunakan PMD mereka.

"Selepas tiga empat jam sudah lulus, boleh dibagikan lesen untuk mereka menggunakan PMD," saran Dr Shamsuri. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan