Penggunaan diesel boleh diperbaharui diuji bagi kenderaan di Lapangan Terbang Changi
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS)
SINGAPURA: Dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon bagi sektor penerbangan Singapura, beberapa ujian akan dijalankan ke atas penggunaan disel yang boleh diperbaharui bagi kenderaan berat dan khusus yang beroperasi di Lapangan Terbang Changi.
Ujian tersebut, yang dijangka mengambil masa setahun, bertujuan membantu pertimbangan sama ada untuk beralih ke pilihan diesel yang boleh diperbaharui bagi kenderaan sedemikian pada masa hadapan.
Demikian menurut Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dalam satu kenyataan media pada Isnin (13 Mei).
Singapura menetapkan sasaran untuk mengurangkan pelepasan karbon bagi penerbangan domestik daripada operasi lapangan terbang sebanyak 20 peratus daripada tahap 2019 menjelang 2030.
Ia juga ingin mencapai pelepasan karbon sifar bersih bagi penerbangan domestik dan antarabangsa termasuk daripada penerbangan antarabangsa oleh pengendali yang berpangkalan di Singapura menjelang 2050.
Pada Februari lalu, CAAS mengumumkan pelan induk yang akan menjadi panduan ke arah Singapura menjadi sebuah hab udara yang lebih mampan. Ini termasuk beralih kepada tenaga yang lebih bersih bagi kenderaan sisi udara.
Peralihan itu akan dicapai menerusi tiga cara - sistem menggunakan kuasa elektrik, penggunaan bahan api mesra alam dan meneroka penggunaan kenderaan yang berkuasakan hidrogen, menurut CAAS.
Ujian itu akan membantu dalam membangunkan rantaian bekalan tersebut dan proses pemerolehan bagi menggunakan diesel yang boleh diperbaharui di Lapangan Terbang Changi dan menilai prestasi operasi bahan api tersebut berbanding dengan bahan api diesel yang konvensional, kata CAAS.
Aspek yang diambil kira termasuk syarat-syarat dan kekerapan kenderaan dan peralatan perlu diselenggara, tambahnya.
Ujian itu melibatkan semua pihak berkepentingan utama yang menggunakan kenderaan khusus dan peralatan sokongan darat di lapangan terbang.
Ini termasuk Changi Airport Group (CAG), dnata, SATS dan SIA Engineering Company (SIAEC).

Sumber : CNA/SS/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.