Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penggunaan bekas makanan kertas dikritik, SIA 'pertimbang maklum balas pelanggan'

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) pada Khamis (2 Mac) menyatakan bahawa ia akan mempertimbangkan maklum balas pelanggan sebelum membuat keputusan mengenai penggunaan bekas makanan yang diperbuat daripada kertas dalam penerbangan jarak sederhana dan jauhnya.

SIA mengumumkan tentang percubaan menggunakan bekas makanan diperbuat dari kertas dalam kelas ekonomi dan kelas ekonomi premium bagi penerbangan tertentu dalam satu catatan Facebook pada Selasa (28 Feb). 

Ia turut menyatakan, bekas baru itu boleh memastikan "makanan kekal hangat" dan membenarkan syarikat penerbangan itu untuk menghidangkan "sup dan hidangan berkuah sebagai sajian utama" sewaktu perjalanan lebih jauh.  

Namun, pengumuman itu mendapat kritikan dan kekeliruan di media sosial.

Ada yang berpandangan, langkah itu menjadikan SIA kelihatan "murah" dan ia merupakan langkah penjimatan kos, meskipun keuntungan syarikat penerbangan itu meningkat baru-baru ini.

"Maaf, tetapi anda harus menggunakan pinggan mangkuk biasa di kelas  Ekonomi Premium seperti syarikat penerbangan lain. Sangat mengecewakan," kata seorang warganet di akaun Facebook SIA.

Beberapa pengguna Reddit turut berkata, bekas baru itu serupa dengan bungkusan makanan yang digunakan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). 

Menjawab pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap SIA berkata: "SIA akan mempertimbangkan maklum balas pelangan serta pertimbangan operasi sebelum membuat keputusan sama ada ia akan digunakan di semua penerbangan jarak sederhana dan panjang." 

Jurucakap tersebut turut memberi penjelasan berhubung penggunaan bekas makanan itu dan menyangkal dakwaan bahawa ia akan membantu mengurangkan kos. 

"Ia akan menggantikan penggunaan plastik sekali sahaja di dalam pesawat. Tiada kos yang dijimatkan dengan beralih kepada bungkusan baru daripada pinggan mangkuk biasa." 

Percubaan menggunakan bekas makanan baru itu bermula bulan lalu bagi beberapa penerbangan antara Singapura dengan Hong Kong dan diluaskan pada Rabu (1 Mac) bagi sesetengah penerbangan dari Singapura ke 11 destinasi lain, termasuk London, Mumbai, San Francisco, Sydney dan Seoul. 

Percubaan itu akan berakhir pada 25 Mac. 

SIA menggunakan  pinggan mangkuk kertas bagi penerbangan jarak dekat sejak Disember 2020. 

Kotak kertas yang turut mempunyai pensijilan Majlis Pengawasan Hutan, disertakan dengan sudu garpu yang diperbuat daripada buluh. 

Sumber : CNA/LL/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan