Penggunaan beg plastik di pasar raya merosot sehingga 80% sejak caj mandatori dilaksanakan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: CNA/Fadza Ishak
SINGAPURA: Pengendali-pengendali pasar raya besar menyaksikan penurunan sekitar 50 hingga 80 peratus dalam jumlah beg plastik yang digunakan pengguna sejak bayaran minimum 5 sen dikuatkuasakan.
Demikian menurut Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu.
"Sejak penguatkuasaannya pada 3 Julai 2023, caj mandatori bagi beg plastik menerima sambutan yang baik secara umumnya," kata Cik Fu dalam jawapan bertulisnya kepada AP Foo Mee Har (PAP-West Coast) pada Selasa (9 Jan).
Cik Fu bertanya sejauh manakah bayaran mandatori bagi beg plastik di rangkaian pasar raya menyebabkan pengurangan jumlah beg plastik pasar raya yang digunakan dan menggalakkan usaha kitar semula yang lebih luas.
"Pengendali pasar raya besar yang diwajibkan menyaksikan pengurangan kira-kira 50 peratus hingga 80 peratus dalam jumlah beg pakai buang yang diambil oleh pengguna," kata Cik Fu.
Pengendali-pengendali pasar raya dengan kadar pusing ganti tahunan lebih S$100 juta mula mengenakan bayaran sekurang-kurangnya 5 sen bagi setiap beg plastik pakai buang pada 3 Julai 2023. Ini termasuk pasar raya NTUC FairPrice, Cold Storage, Giant, Sheng Siong dan Prime Supermarket.
Pengendali-pengendali itu merangkumi sekitar 400 atau dua pertiga daripada kesemua pasar raya di Singapura.
"Oleh kerana (bayaran yang dikenakan bagi beg plastik) dilaksanakan kurang daripada setahun yang lalu, mungkin terlalu awal untuk mengetahui sama ada ia juga menyebabkan peningkatan pelibatan dalam inisiatif kitar semula yang lain."
Cik Fu juga berkata sukar untuk "mengaitkan secara langsung" sebarang perubahan dalam tabiat kitar semula kepada bayaran yang dikenakan terhadap beg kerana inisiatif itu memberi tumpuan kepada pengurangan, dan bukannya kitar semula.
"Kami berharap pelaksanaan tabiat mampan sedemikian akan membawa kepada perubahan tingkah laku yang lebih meluas," kata Cik Fu, sambil menambah bahawa bayaran itu adalah "teguran tingkah laku" untuk menggalakkan orang ramai mengamalkan amalan mampan, termasuk mengurangkan penggunaan beg plastik pakai buang.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.