Penggunaan Bahasa Melayu penting untuk bina pemikiran lebih kritikal: Dr Norshahril Saat
Acara Bulan Bahasa sudahpun rasmi dilancarkan pada Sabtu malam (5 Sep) yang membariskan pelbagai persembahan oleh Duta-duta Bahasa.
BERITAmediacorp: Acara Bulan Bahasa sudahpun rasmi dilancarkan pada Sabtu malam (5 Sep) yang membariskan pelbagai persembahan oleh Duta-duta Bahasa.
Dalam segmen suara-suara Duta Bahasa ini, Dr Norshahril Saat - seorang Zamil Kanan di badan pemikir ISEAS - berkongsi bagaimana beliau mempromosikan penggunaan bahasa Melayu serta peri pentingnya memartabatkan bahasa Melayu lebih-lebih lagi pada zaman sekarang.
Dr Norshahril berkata: "Banyak sekali penulisan-penulisan saya ditulis dalam bahasa Inggeris tetapi saya cuba sedaya upaya mungkin sebulan sekali untuk menulis dalam Bahasa Melayu. Usaha saya untuk mempromosikan Bahasa Melayu lebih tertumpu kepada penulisan dan juga pada pembentukan wacana,"
"Pada saya penggunaan Bahasa Melayu itu penting untuk membina pemikiran yang lebih kritikal dalam kalangan masyarakat. Mungkin segelintir daripada masyarakat kita, mereka takut untuk menggunakan Bahasa Melayu kerana seringkali ditegur dari segi penggunaan bahasa, struktur ayat ataupun penggunaan perkataan. Tetapi bagi saya adalah bagaimana Bahasa Melayu boleh digunakan untuk menjajah idea-idea yang baru dan untuk memahami sekitaran kita memandangkan kita hidup di dalam rantau di mana majoritinya adalah orang-orang Melayu."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.