Penggunaan AI, isu vape antara isu dikupas sesi pertama Dialog Pasca NDR2025
Anggaran Waktu Membaca:
- Pembangunan dan masa depan belia menjadi isu paling lantang dibincangkan pada sesi pertama Dialog Pasca Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) pada Ahad (24 Ogos).
- Ramai yang juga mengajukan soalan tentang penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) - sama ada ia akan menjejas pekerjaan dan kehidupan masyarakat.
- "Ini jaminan pemerintah di mana kita bukan sahaja ingin membangunkan Singapura dengan pemikiran kita tetapi juga bersama mereka," kata Pemangku Menteri bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
- Sesi dialog itu merupakan yang pertama daripada 11 sesi merentasi M³@Bandar yang akan berlangsung sehingga 16 September nanti.
SINGAPURA: Pembangunan dan masa depan belia menjadi isu paling lantang dibincangkan pada sesi pertama Dialog Pasca Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) pada Ahad (24 Ogos).
Cabaran-cabaran yang timbul dalam ekonomi tidak menentu, sokongan untuk penuaan aktif serta isu vape.
Itulah antara isu-isu yang dibangkitkan sekitar 50 belia dan pemimpin masyarakat di sesi Dialog Pasca Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR), yang diterajui Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Faishal Ibrahim.
Ramai yang juga mengajukan soalan tentang penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) - sama ada ia akan menjejas pekerjaan dan kehidupan masyarakat.
"Kita pun mahu masyarakat Melayu memikirkan impaknya kepada kehidupan kita kerana kita sebagai satu masyarakat Singapura akan terjejas.
"Ia gambaran baik di mana masyarakat kita tahu dan memikirkan, serta mahu mengambil peluang daripada manfaat oleh AI. Kita lihat anda, kita dengar anda dan kita mahu membangunkan Singapura bersama anda.
"Ini jaminan pemerintah di mana kita bukan sahaja ingin membangunkan Singapura dengan pemikiran kita tetapi juga bersama mereka," kata Pemangku Menteri bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Selama dua jam, satu isu yang paling lantang dibincangkan adalah berkenaan pembangunan dan masa depan belia.
"(Isu yang kami bincangkan) tentang kemajuan Singapura, bagaimana anak-anak muda boleh membantu memajukan lagi Singapura untuk masa hadapan.
"Itu saya rasa isu paling penting. Mereka sudah menjadi pelapis generasi warga senja dan mereka perlu meneraju bahtera itu," kata salah seorang peserta, Mohamed Zailani Mohamed Said.
"Apa yang dekat dengan hati saya sebagai seorang belia, adalah apabila mereka mengetengahkan isu tentang AI, dan juga tentang pembangunan belia. mendengar daripada mereka yang berpengalaman, saya rasa terharu kerana mereka menitikberatkan perkara itu," kata seorang lagi peserta, Nur Farah Dhabitah Abu Samah.
Sesi dialog itu merupakan yang pertama daripada 11 sesi merentasi M³@Bandar yang akan berlangsung sehingga 16 September nanti.

Sumber : BERITA Mediacorp/HZ/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.