Penggunaan AI di sekolah SG sesuai usia, tumpu kepada pembelajaran, bukan jalan pintas: Desmond Lee
Anggaran Waktu Membaca:
Murid Darjah 4 di Sekolah Rendah Palm View menjalankan eksperimen sains semasa kelas Sains E2K, 25 Feb 2026. (Gambar: CNA/Alyssa Tan)
SINGAPURA: Penggunaan kecerdasan buatan (AI) di sekolah dikekalkan secara seimbang dan mengikut kesesuaian umur bagi menyokong pembelajaran serta perkembangan pelajar, kata Menteri Pendidikan Desmond Lee pada Rabu (6 Mei).
Menjawab soalan parlimen mengenai penggunaan AI dalam kalangan murid sekolah rendah dan langkah keselamatan yang ada, Encik Lee berkata pengetahuan teori sahaja tidak mencukupi, dan pelajar memerlukan pengalaman praktikal yang direka dengan baik serta diselia melalui penggunaan alatan AI pendidikan.
Pendekatan secara berperingkat ini, selari dengan kemajuan pelajar di pelbagai peringkat sekolah, menyediakan mereka untuk memanfaatkan AI demi kepentingan pembelajaran, menilai hasil AI secara kritis, dan berwaspada terhadap risiko seperti kebergantungan kognitif yang berlebihan sehingga kurang berfikir sendiri. Pendekatan Kementerian Pendidikan (MOE) dipandu oleh kajian tentang cara kanak-kanak belajar dan berkembang, serta apa yang membantu di setiap peringkat pertumbuhan mereka melalui satu rangka kerja yang teratur.
Dari Darjah 1 hingga 3, pembelajaran secara fizikal dan praktikal diutamakan semasa pelajar membina asas pengetahuan serta mengembangkan kemahiran kognitif dan sosial.
Walaupun mereka belajar asas tentang AI, sekolah tidak akan memberikan tugasan yang memerlukan mereka menggunakan AI secara langsung. Bermula dari Darjah 4, pelajar boleh mula menggunakan alatan AI pendidikan di bawah seliaan guru kerana pada usia itu, mereka dianggap sudah mahir membaca, mengira, dan tahu serba sedikit tentang AI, serta kemahiran seperti merancang dan menilai pemikiran sendiri. Pelajar dalam kumpulan umur ini hanya akan menggunakan alatan yang direka khas untuk pendidikan, termasuk ciri-ciri AI dalam sistem Singapore Student Learning Space (SLS).
Sekolah juga akan mengajar pelajar bahawa AI tidak boleh digunakan sebagai jalan pintas untuk menggantikan pembelajaran sebenar.
Pemerintah mahu menyediakan persekitaran sekolah di mana pelajar boleh membina tabiat belajar yang baik dan memahami pentingnya menjaga integriti akademik.
Beberapa sekolah menengah mungkin merangka tugasan yang membenarkan penggunaan AI, namun pelajar wajib mendedahkan dan menyatakan sumber bagi sebarang kerja yang dibantu teknologi tersebut sebagai persediaan untuk pendidikan tinggi dan alam pekerjaan masa depan.
Pelajar yang menipu dengan mengaku hasil ciptaan AI sebagai hasil kerja sendiri akan menghadapi tindakan atas kesalahan ketidakjujuran akademik.
Dalam peperiksaan nasional pula, penggunaan AI adalah dilarang sama sekali, manakala bagi tugasan kerja kursus yang dibenarkan, guru penyelia akan memantau penggunaannya bagi memastikan ia menepati objektif penilaian.
Alatan AI pendidikan yang digunakan di sekolah mempunyai sistem keselamatan terbina dalam untuk melindungi kepentingan, privasi, dan kesejahteraan pelajar. Data daripada alatan AI yang dibina oleh MOE adalah tanpa nama dan tidak digunakan untuk melatih model luar.
Sekolah yang menggunakan alatan komersial juga mesti memastikan data yang dimasukkan tidak mengandungi maklumat peribadi, selaras dengan garis panduan pengurusan data.
Encik Lee juga mengakui kebimbangan ibu bapa tentang pendedahan kanak-kanak kepada AI, terutamanya mengenai masa skrin yang berlebihan. MOE menyediakan butiran tentang cara alatan tersebut digunakan dalam pengajaran dan menawarkan saluran untuk ibu bapa berkongsi pandangan mereka.
AI sudah berkembang pesat dan semakin diterapkan dalam sistem harian di sekeliling kita. Jika masyarakat tidak berwaspada, manusia mungkin hilang kesedaran dalam mengesan kehadiran dan pengaruh AI terhadap cara membuat keputusan dan berfikir kerana sistem itu berfungsi dengan begitu lancar. Oleh itu, perkembangan literasi AI adalah kritikal dan mesti dilakukan tepat pada masanya.
Dalam soalan tambahan, Anggota Parlimen Kenneth Tiong bertanya jika ibu bapa boleh memilih untuk tidak membenarkan anak mereka menggunakan aspek tertentu alatan AI di dalam kelas.
Encik Lee menjelaskan bahawa ia bergantung kepada sama ada alatan tersebut adalah sebahagian daripada SLS dan digunakan dalam pembelajaran kelas yang merupakan sebahagian daripada pendekatan pengajaran guru.
Beliau menambah bahawa jika alatan luar tertentu dibawa masuk tanpa kebenaran ibu bapa, sekolah tidak akan membenarkan murid menggunakannya.
Encik Lee menyamakan tindakan mengehadkan penggunaan AI dalam pembelajaran gabungan seperti menolak penggunaan papan putih dan mahukan papan hitam semula. Beliau menegaskan bahawa guru mesti dibenarkan menjalankan peranan mereka tertakluk kepada panduan MOE dan amalan pengajaran Singapura yang baik.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.