Penggunaan AI bantu pelajar jana idea, rancang dan menulis karangan dalam Bahasa Melayu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pengenalan Kecerdasan Buatan (AI) di dalam bilik darjah menjadi lebih penting lagi untuk memperkaya pengalaman pembelajaran,
seiring dengan profil murid-murid yang semakin berubah-ubah.
Hal itu yang mendorong guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah Chongzheng, Cikgu Nurhiza Mohamed, untuk mengintegrasikan teknologi tersebut dalam pengajarannya.
"Jadi sewaktu saya memperkenalkan usaha-usaha ini, murid berasa lebih teruja dan lebih berminat untuk mengikuti pelajaran Bahasa Melayu.
"Itu yang mendorong saya untuk cuba menggunakannya supaya dapat kepelbagaian dan juga mengayakan pengalaman pembelajaran sewaktu di dalam bilik darjah," kata Cikgu Nurhiza.
Cikgu Nurhiza menerapkan beberapa program AI dalam pengajaran di dalam bilik darjah.
Program seperti Pembantu Pembelajaran (LEA) dan Pembantu Data (DAT), menurut beliau, dapat menyokong pembelajaran para pelajar merentasi tiga peringkat utama penulisan, iaitu perancangan, penulisan dan semakan.
"Saya telah menggunakan AI dalam bentuk Pembantu Pelajaran ataupun SALiS semasa peringkat perancangan untuk pelajaran penulisan. Saya rasa SALiS dapat membantu murid untuk mengembangkan idea mereka dan kemudian saya juga dapat memantau interaksi mereka bersama SALiS" kata Cikgu Nurhiza.
"Kemudian saya menggunakan juga alat analisa data untuk menganalisis tahap interaksi murid bersama SALiS dan saya dapat lihat bagaimana mereka menggunakan SALiS untuk mengembangkan pemikiran mereka," tambahnya lagi.
Menurut beliau, kelebihan penggunaan alat-alat itu membolehkan beliau membuat intervensi secara tepat pada masanya tanpa perlu menunggu sehingga akhir pengajaran untuk memberikan maklum balas.

Penggunaan AI dalam pengajaran di dalam bilik darjah bahkan membawa kesan dan hasil positif dalam kalangan para pelajarnya.
Cikgu Nurhiza berkata: "Secara keseluruhan dalam pengajaran penulisan, memang ada peningkatan dari segi mereka mengembangkan idea. Selain daripada itu, mereka juga berpeluang untuk menggunakan kosa kata yang pelbagai."
"Apabila saya berikan maklum balas ataupun apabila Pembantu Maklum Balas Jawapan Pendek memberikan maklum balas, akan mengenalpasti apakah kelemahan ataupun apakah yang boleh ditambah baik seperti menambahkan frasa menarik atau menyertakan peribahasa atau betulkan struktur ayat itu dan juga dari segi ejaan. Jadi secara tidak langsung ini membantu pelajar supaya mereka dapat membuat penambahbaikan secara kendiri," tambah beliau lagi.
PENGGUNAAN AI DISAMBUT BAIK PARA PELAJAR
Cikgu Nurhiza berpeluang untuk menonjolkan cara beliau mengajar murid-muridnya dalam satu sesi pembelajaran pada Rabu (29 Apr).

Antara 32 pelajar yang hadir dalam kelas tersebut pula termasuk murid Darjah 5, Nur Mariam Anati Mohammad Farhan dan Mohammad Izzan Firzan Mohammad Faris.
"Saya lebih aktif untuk berfikir sendiri. Saya juga tidak hanya tunggu idea dari guru dan pelajaran jadi lebih menarik dan membantu saya fikir dengan lebih baik," kata Mariam.
"Sebelum menggunakan AI atau SALiS , saya menulis Ali terjatuh. Tetapi selepas menggunakan AI, saya menulis Ali terjatuh ketika berlari laju di padang kerana tersepak batu kecil," kata Izzan pula.
Secara keseluruhan, kedua pelajar tersebut berpendapat bahawa mereka mendapati terdapat peningkatan kualiti dari segi penulisan mereka.
Bertemakan "Memperkasa Pengajaran dan Pembelajaran melalui Teknologi Pendidikan", segolongan guru Bahasa Melayu sekolah Rendah dapat mempelajari penggunaan dan ciri-ciri AI yang digunakan di dalam kelas.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN SOKONG USAHA AI, PERSIAPKAN GURU DENGAN KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN
Inisiatif seperti itu turut disokong oleh pihak Kementerian Pendidikan dengan adanya yang menyediakan pelbagai usaha untuk melatih para guru dengan kemahiran AI.

Cikgu Nurhiza berkata: "Kami menghadiri kursus-kursus yang telah di dirancangkan supaya kita dapat meningkatkan supaya kami dapat meningkatkan kemahiran kami dan juga dari segi garis panduan yang agak jelas tentang penggunaan AI yang boleh kita kongsikan juga bersama murid supaya pembelajaran yang berlaku itu terarah dan lebih berkesan."
"Dan juga ada persediaan seperti aplikasi utama teknologi agar teknologi atau alat-alat yang kami gunakan sewaktu pembelajaran itu sesuai digunakan dan juga tepat penggunaannya," kata beliau lagi.
Bagi memastikan bahawa AI dimanfaatkan sepenuhnya oleh para guru di dalam kelas, Cikgu Nurhiza juga berpendapat bahawa para guru perlu bijak memilih ciri-ciri yang sesuai mengikut konteks dan matlamat pelajaran.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.