Penggunaan 2 vaksin influenza boleh disambung semula setelah 'semakan menyeluruh'
Penggunaan dua jenis vaksin influenza boleh disambung semula setelah ia dinilai sebagai selamat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan bersama pada Sabtu (31 Okt).
(Gambar fail: Reuters/Kim Hong-Ji)
SINGAPURA: Penggunaan dua jenis vaksin influenza boleh disambung semula setelah ia dinilai sebagai selamat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan bersama pada Sabtu (31 Okt).
Ini menyusuli "semakan menyeluruh" terhadap maklumat dari pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan, menurut MOH dan HSA, sambil menambah bahawa Singapura juga mengkaji mutu dan keselamatan kedua-dua vaksin itu.
Minggu lalu, MOH menasihati bahawa kedua-dua vaksin tersebut - SKYCellflu Quadrivalent and VaxigripTetra - "dihentikan buat sementara" sebagai langkah pencegahan menyusuli kes kematian dilaporkan di Korea Selatan setelah vaksin itu diambil.
Pihak berkuasa Singapura menyatakan bahawa sehingga hari ini, tiada kebimbangan keselamatan dan mutu berkenaan semua baksin influenza yang ada di Singapura - iaitu Fluarix Tetra, Influvac Tetra, SKYCellflu Quadrivalent dan VaxigripTetra.
HSA juga sudah menyemak semula laporan ujian bagi semua kelompok bagi kedua-dua vaksin yang dibekalkan di Singapura dan mendapati bahawa vaksin itu memenuhi piawai mutu.
"Seperti sebarang ubat, vaksin ada beberapa kesan sampingan," menurut pihak berkuasa, sambil menambah bahawa kesan sampingan adalah ringan dan akan pulih sendiri.
Antara kesan sampingan biasa daripada pemvaksinan, termasuk bengkak dan kemerahan di tempat suntikan, demam, pening, sengal, keletihan dan rasa mual.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.