Skip to main content

Singapura

Pengguna YouTrip kini boleh salur dana kembali ke akaun bank, tertakluk kepada syarat

Anggaran Waktu Membaca:
Pengguna YouTrip kini boleh salur dana kembali ke akaun bank, tertakluk kepada syarat

Gambar: YouTrip

Diterbitkan : 25 Jul 2024 01:42PM
SINGAPURA: Para pengguna YouTrip kini boleh memindahkan dana daripada dompet digital mereka ke akaun bank mereka - tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Ciri baharu ini, yang akan "dilancarkan secara bertahap-tahap" dalam masa beberapa hari akan datang, hanya digunakan untuk tokokan yang dibuat selepas tengah malam pada 22 Jul.

"Sebagai respons kepada salah satu ciri yang paling diminta oleh para pengguna, YouTrip kini membenarkan dana yang dikeluarkan dimasukkan semula ke dalam akaun bank mereka melalui nombor telefon bimbit pengguna atau NRIC yang dikaitkan pada akaun YouTrip mereka," menurut syarikat itu dalam kenyataan medianya pada Selasa (23 Jul).

Baki boleh pindah dihadkan kepada tokokan yang dilakukan melalui PayNow atau kaedah akaun bank yang dikaitkan. Tokokan melalui kad debit dan kad kredit tidak boleh dikeluarkan.

Selain itu, hanya dana dalam dompet Dolar Singapura (SGD) boleh dikeluarkan.

Ini bermakna pengguna yang ingin mengeluarkan dana daripada dompet mata wang lain perlu menukarnya semula kepada dolar Singapura terlebih dahulu.

Pengguna boleh melakukan sehingga 10 pengeluaran wang secara percuma setiap bulan.

"Jika anda ingin membuat lebih daripada 10 pengeluaran simpanan bank, anda perlu meminta bayaran balik. Sila ambil perhatian bahawa yuran pemprosesan bayaran balik adalah sebanyak S$10 yang akan dikenakan," kata YouTrip di laman webnya.

"Kami percaya peningkatan ini akan menggalakkan pengguna untuk berbelanja dengan yakin menggunakan YouTrip kerana mengetahui mereka boleh menguruskan dana mereka dengan lancar dan menikmati pengalaman pembayaran yang benar-benar mudah," kata Ketua Pegawai Eksekutif Caecilia Chu.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita