Pengguna Singtel lapor gangguan khidmat
Anggaran Waktu Membaca:
Logo Singtel di bangunan ibu pejabatnya di Singapura. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Pengguna Singtel melaporkan gangguan perkhidmatan pada Isnin (23 Mac), dengan lebih 9,000 aduan dikaitkan dengan syarikat telekomunikasi tersebut yang direkodkan di Downtector setakat pukul 3.45 petang.
Separuh daripada aduan tersebut melibatkan internet jalur lebar, menurut Downdetector, yang mengumpulkan laporan status daripada beberapa sumber.
Pada Isnin, Singtel hanya menyatakan bahawa bahawa sesetengah pelanggan mengalami "beberapa masalah sambungan".
"Jurutera kami sedang menyiasat dan kami akan memberikan kemas kini tidak lama lagi," menurut syarikat telekomunikasi itu.
Isu-isu terkini berlaku selepas tiga hari berturut-turut mengalami gangguan perkhidmatan mudah alih minggu lalu, yang pertama mengakibatkan gangguan selama sembilan jam pada 16 Mac.
Pelanggan yang kecewa meninggalkan komen di akaun Facebook Singtel pada Isnin.
“Nampaknya jalur lebar Singtel tidak berfungsi,” tulis seorang pengguna bernama Benny Tan.
Seorang lagi pengguna bernama Bernice Tay berkata: “Saya bekerja tanpa sambungan yang betul yang menjejaskan semua mesyuarat online, e-mel, dan juga dua sambungan telefon saya!”
Singtel menyatakan pada 20 Mac, menyusuli rentetan gangguan itu, bahawa sesetengah pengguna mungkin terus mengalami masalah sekejap-sekejap dalam beberapa hari akan datang sedang syarikat telekomunikasi itu berusaha untuk menambah baik rangkaiannya.
Mediacorp sudah menghubungi Singtel untuk cari tahu sama ada gangguan pada Isnin dikaitkan dengan perubahan tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Singtel Singapura, Ng Tian Chong pada 19 Mac memohon maaf atas gangguan tersebut, dan berkata bahawa gangguan yang berlaku pada hari pertama adalah disebabkan oleh "masalah mekanikal" di salah satu kemudahan rangkaian syarikat.
Secara berasingan, pada 17 Mac, kira-kira 2,000 pelanggan menghadapi masalah sambungan mudah alih disebabkan oleh “pepijat perisian daripada penaiktarafan sistem IT yang dirancang terlebih dahulu”.
“Isu ini tidak serta-merta jelas kerana ia berlaku serentak dengan insiden terdahulu. Sebaik sahaja dikenal pasti, pasukan kami mengambil tindakan segera dan sambungan sudah dipulihkan secara progresif, dengan pemulihan penuh selesai sekitar pukul 4.00 petang pada hari yang sama,” kata Encik Ng.
Berikutan gangguan tersebut, syarikat itu menjalankan beberapa penyelarasan semula rangkaian untuk “menstabilkan dan mengoptimumkan prestasi selanjutnya”, katanya.
Semasa proses tersebut, berlaku lonjakan trafik rangkaian dalam masa yang singkat sekitar pukul 5.30 petang pada 18 Mac.
Peristiwa-peristiwa itu tidak ada kaitan antara satu sama lain, kata Encik Ng.
“Kami komited untuk belajar daripada peristiwa-peristiwa ini dan bekerjasama dengan pembekal kami untuk meningkatkan lagi daya tahan rangkaian kami dan menambah baik masa pemulihan,” tambahnya.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.