Pengguna khidmat jalur lebar MyRepublic alami gangguan pagi tadi
Sebahagian pengguna khidmat jalur lebar MyRepublic tidak dapat mengakses internet pagi tadi (28 Mei)

(Gambar: Facebook/MyRepublic)
SINGAPURA: Sebahagian pengguna khidmat jalur lebar MyRepublic tidak dapat mengakses internet pagi tadi (28 Mei)
Ia disebabkan gangguan yang menjejas rangkaian MyRepublic di bahagian utara dan barat Singapura.
Kejadian itu merupakan gangguan yang ketiga berlaku semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan selepas dua sebelumnya melibatkan Starhub dan M1.
Masalah internet mula dilaporkan sekitar 7.00 pagi dengan sebanyak 657 laporan diterima setakat 8.40 pagi.
Namun, khidmat jalur lebar MyRepublic sudahpun dipulihkan sepenuhnya sejak 10.15 pagi tadi.
MyRepublic akan menimbangkan beberapa pilihan pampasan bagi para pelanggannya setelah selesai siasatan dijalankan.
Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menyatakan pengendali perkhidmatan harus menyediakan sokongan yang mencukupi bagi membina daya tahan rangkaian dan perkhidmatan.
Sekiranya ada gangguan, mereka harus memulihkan perkhidmatan dengan segera.
Menyusuli dua gangguan sebelum ini, IMDA menambah ia akan meneliti pematuhan StarHub dan M1 dengan langkah-langkah tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.