Skip to main content

Singapura

Pengguna jalan raya manfaatkan pengangkutan awam susuli insiden tanah jerlus Tanjong Katong

Para pengguna jalan raya kini memilih untuk menaiki pengangkutan awam dan mengelakkan memandu di Tanjong Katong Road South.

Anggaran Waktu Membaca:

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 28 Jul 2025 07:42PM Dikemas Kini : 28 Jul 2025 10:43PM
SINGAPURA: Para pengguna jalan raya kini memilih untuk menaiki pengangkutan awam dan mengelakkan memandu di Tanjong Katong Road South.

Ini supaya mereka dapat mengelakkan kesesakan trafik, khususnya pada waktu sibuk, selepas sebahagian jalan raya itu runtuh pada Sabtu lalu (26 Jul).

Pihak berkuasa mengesahkan kerja-kerja mengisi lubang akibat tanah jerlus itu sudah selesai.

Namun pemeriksaan lanjut akan dilakukan sebelum jalan raya itu dibuka semula kepada orang ramai.

Kehidupan kembali seperti biasa pada Isnin (28 Jul) selepas kejadian tanah jerlus yang berlaku di Tanjong Katong hujung minggu lalu.

Kerja-kerja pembaikan masih dijalankan.

Memandangkan dua lorong jalan masih ditutup, para pelajar dan pekerja terpaksa memulakan perjalanan mereka lebih awal siang tadi.

Khidmat bas nombor 36 dan 48 sudah pun dilencongkan.

LTA meletakkan notis di perhentian-perhentian bas yang terjejas menyediakan khidmat bas alternatif bagi para pengguna.

"Saya gembira LTA mengeluarkan pelbagai pemberitahuan di sepanjang jalan raya, menggunakan sistem mesej mereka untuk memberitahu para pengguna tentang cara mengubah corak perjalanan mereka.

"Mereka juga menghubungi pihak sekolah untuk memberitahu ibu bapa cara yang lebih cepat untuk sampai ke sekolah ekoran penutupan jalan.

"Jadi saya rasa secara amnya, insiden ini diuruskan dengan baik," kata Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade-Braddell Heights, Goh Pei Ming.

Encik Goh menambah, siasatan dan imbasan radar sedang dijalankan di kawasan berkenaan untuk mencari sebarang lubang di bawah tanah.

Ini memakan masa dan beliau meminta para penduduk agar memahami keadaan itu.
Sumber : CNA/NY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita