Pengguna Instagram lapor gangguan khidmat, akaun digantung
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/OLIVIER DOULIERY)
SINGAPURA: Pengguna Instagram di seluruh dunia mengadu mengalami isu dengan akaun mereka pada Isnin (31 Okt), dengan ada yang mengatakan akaun mereka digantung atau mereka tidak dapat mengakses aplikasi berkenaan.
Menurut hantaran Twitter Downdetector.com, para pengguna melaporkan mengalami masalah dengan aplikasi Instagram sejak pukul 9.04 malam waktu Singapura.
Garis pagar #instagramdown tular di laman Twitter sejak pukul 10.15 malam dengan lebih daripada 19,600 tweet.
Pasukan PR Instagram mengumumkan di Twitter: "Kami sedar bahawa sebahagian daripada anda menghadapi masalah mengakses akaun Instagram anda.
"Kami sedang mencari huraian dan meminta maaf atas kesulitan ini."
Mediacorp sudah menghubungi platform Meta untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Pengguna Instagram menggunakan Twitter dan memuat naik petikan skrin notifikasi penggantungan akaun mereka yang mendakwa akaun mereka tidak mengikut garis panduan masyarakat Instagram.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.