Pengguna Grab alami gangguan pada aplikasi
Para pengguna aplikasi Grab dilaporkan menghadapi masalah mengakses aplikasi tersebut pada lewat petang Khamis (23 Jan).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pengguna aplikasi Grab dilaporkan menghadapi masalah mengakses aplikasi tersebut pada lewat petang Khamis (23 Jan).
Ramai pengguna berkata mereka dilog keluar daripada akaun masing-masing dan tidak dapat memasuki aplikasi itu semula.
Laman Downdetector.com menerima hampir 1,400 laporan gangguan berhubung Grab pada kira-kira pukul 5.00 petang.
Salah seorang pengguna menulis di akaun Facebook Grab bahawa beliau tidak dapat log masuk ke dalam akaunnya selepas dilog keluar daripada aplikasi itu ketika sedang membuat tempahan khidmat Grab.
Oleh demikian, beliau tidak dapat melihat butiran perjalanan itu mahupun membatalkannya.
Sekurang-kurangnya 10 pengguna lain juga meninggalkan komen serupa di laman itu di mana mereka turut mengalami isu yang serupa.
Mediacorp telah menghubungi Grab bagi mendapatkan komen.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.