Skip to main content

Singapura

Pengguna Google Chrome, Microsoft Edge dinasihat segera kemas kini pelayar: SingCERT

Anggaran Waktu Membaca:
Pengguna Google Chrome, Microsoft Edge dinasihat segera kemas kini pelayar: SingCERT

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 27 May 2024 04:32PM
SINGAPURA: Pengguna dan pentadbir Google Chrome dan pelayar Chromium termasuk Microsoft Edge, harus mengemas kini pelayar atau 'browser' mereka kepada versi terkini dengan segera.

Demikian menurut Pasukan Respons Kecemasan Komputer Singapura (SingCERT) pada Isnin (27 Mei).

Pengumuman tersebut dikeluarkan berikutan laporan bahawa penggodam sedang mengambil kesempatan terhadap kelemahan pelayar versi lama.

Versi Google Chrome sebelum 125.0.6422.60 terjejas oleh godaman itu, yang dikenal pasti sebagai CVE-2024-4947.

SingCERT menyatakan bahawa ini disebabkan "sejejnis virus dalam enjin JavaScript V8', dan menambah bahawa ia juga menjejas pelayar Chromium lain termasuk Microsoft Edge.

"Godaman yang berjaya dilaksanakan dapat memberi penggodam akses dari jarak jauh menerusi laman HTML yang dicipta bagi tujuan jahat," tambah SingCERT.

Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan Amerika Syarikat juga menasihatkan pengguna dan pentadbir yang terjejas oleh gangguan itu supaya "mengambil langkah-langkah menurut arahan vendor atau berhenti menggunakan produk sedemikian jika tiada sebarang tindakan untuk menangani masalah tersebut disediakan buat mereka".
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita