Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengguna dinasihatkan kemas kini Google Chrome bagi tangani kelemahan: SingCERT

Anggaran Waktu Membaca:
Pengguna dinasihatkan kemas kini Google Chrome bagi tangani kelemahan: SingCERT

Google Chrome. (Gambar: iStock)

SINGAPURA: Para pengguna Google Chrome dinasihatkan agar mengemas kini sofwe masing-masing menyusuli laporan tentang para penggodam yang sedang mengeksploit kelemahan baru pada pelayar web itu, menurut Pasukan Respons Kecemasan Komputer Singapura (SingCERT) pada Sabtu (27 Nov).

SingCERT menyatakan kelemahan itu sedang giat dieksploit. Ia membolehkan para penggodam untuk mengakses maklumat tanpa batasan atau menjalankan kod.

Para pengguna macOS serta Linux dinasihatkan agar mengemas kini aplikasi Google Chrome kepada versi 107.0.5304.121 dan versi 107.0.5304.121/122 bagi para pengguna Windows untuk mencegah ancaman sedemikian.

Para pengguna juga digalakkan supaya mengaktifkan kemas kini sofwe Chrome secara automatik.

Para pengguna pelayar web berteraskan Chromium seperti Microsoft, Edge, Brave, Opera dan Vivaldi turut dinasihatkan agar mengemas kini sofwe masing-masing dengan pembaikan yang relevan sebaik saja ia disediakan.

Kelemahan tersebut dilaporkan pada 22 November oleh Clement Lecigne dari Kumpulan Analisis Ancaman Google.
Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan