Pengguna dalam lingkungan usia 50-80 tahun masih jarang manfaatkan khidmat online
78 peratus orang berusia antara 50 hingga 80 tahun menggunakan telefon bijak secara kerap. Namun, golongan itu jauh ketinggalan dalam penggunaan aplikasi penghantaran makanan dan perbankan secara online.
SINGAPURA: 78 peratus orang berusia antara 50 hingga 80 tahun menggunakan telefon bijak secara kerap. Namun, golongan itu jauh ketinggalan dalam penggunaan aplikasi penghantaran makanan dan perbankan secara online.
Dapatan satu tinjauan terbaru itu didedahkan oleh sebuah syarikat kad kredit di satu acara program kaedah bayaran digital bagi warga tua di bawah inisatif Negara Bijak bagi golongan itu, kelolaan Persatuan Rakyat.
Melalui inisiatif itu, golongan warga tua didedahkan kepada berbagai pengetahuan asas termasuk cara membuat pembayaran melalui wadah digital.
Mereka juga didedahkan kepada portal-portal beli belah. Ini semua bertujuan membiasakan warga tua membuat bayaran melalui khidmat digital dengan lebih selesa sedang Singapura menuju ke arah sebuah Negara Bijak. Secara purata, satu sesi akan diadakan setiap tiga bulan.
Menurut kajian oleh syarikat kad kredit Visa, yang melibatkan 200 warga tua berusia antara 50 hingga 80 tahun, hanya 31 peratus daripada mereka menggunakan aplikasi perbankan internet dan kebanyakan hanya untuk menyemak baki wang simpanan mereka.
PA akan menganjurkan lebih banyak rancangan pendedahan seperti itu agar lebih ramai golongan warga tua dapat dilatih.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.