Pengguna dakwa kereta sewa tidak disenggara punca kemalangan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: TODAY
SINGAPURA: Encik Ahmad Syatibi menempah sebuah kereta sewa sekali atau dua kali setiap bulan untuk melaksanakan beberapa tugasan. Meskipun dia mendapati menempah kereta sewa sedemikian mudah, dia semakin bimbang berhubung tahap kebersihan dan penyenggaraan kenderaan tersebut.
"Pengalaman paling buruk saya ialah ketika saya memandu salah satu model kereta sewa itu yang lebih murah. Apabila saya memandu, saya dapat merasakan kenderaan itu tidak disenggara dengan baik, minyak enjin belum ditukar, brek juga tidak dalam keadaan baik. Bahagian dalam dan luar kereta juga berdebu, dan lampu penyenggaraan menyala. Ini sepatutnya merupakan khidmat asas yang anda lakukan setiap tahun," kata mahasiswa yang berusia 23 tahun itu.
Beberapa kemalangan maut baru-baru ini, yang melibatkan kereta disewa daripada syarikat-syarikat kereta sewa, menjadi tumpuan berhubung keselamatan kereta sedemikian dan sama ada kereta sewa menyumbang keada risiko keselamatan di jalan raya.
Pada awal bulan Januari, sebuah kereta GetGo bertembung dengan sebuah bas SBS Transit, mengakibatkan pemandu kereta itu terkorban sementara tujuh penumpang bas tersebut dikejarkan ke hospital. Rakaman video kemalangan tersebut tular di media sosial.
Tahun lalu, tular sebuah lagi rakaman video yang memaparkan sebuah kereta BlueSG yang bertembung dengan pembahagi jalan. Tiada kecederaan dilaporkan berikutan nahas berkenaan.
PEMANDU KERETA SEWA HARUS DIPERSALAHKAN?
Para pakar keselamatan jalan raya dan ahli akademik yang dihubungi Mediacorp berkata lebih banyak kajian kritikal diperlukan untuk memahami kesan kereta sewa terhadap keselamatan jalan raya di Singapura. Sekurang-kurangnya seorang pakar bagaimanapun berkata bahawa terdapat bukti berdasarkan kajian dari luar negara bahawa khidmat kereta sewa menyebabkan berlakunya lebih banyak kemalangan trafik.
Dr Prateek Bansal, penolong profesor di kolej reka bentuk dan kejuruteraan Universiti Nasional Singapura (NUS), merujuk kepada kajian yang dilaksanakan pada 2019 di Korea Selatan, yang menyiasat kesan khidmat kereta sewa ke atas kadar nahas jalan raya.
Kajian tersebut mendapati khidmat kereta sewa memburukkan lagi keselamatan jalan raya disebabkan sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab, terutama dalam kalangan pemandu berpengalaman yang kurang menghormati kenderaan, memandangkan mereka tidak memilikinya.
Perunding kejuruteraan pengangkutan Encik Gopinath Menon menarik perhatian bahawa tahap kemahiran pemandu adalah salah satu faktor utama yang mempengaruhi kadar kemalangan.
Menurut rangka kerja pengawalseliaan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bagi sektor kereta sewa privet atau 'point-to-point', kenderaan sewa berada di bawah bidang kuasa yang sama seperti kereta sewa privet pandu sendiri.
Kereta sedemikian perlu menjalani pemeriksaan setiap dua tahun bagi kereta yang melebihi tiga tahun dan melaksanakan pemeriksaan setiap tahun bagi kereta melebihi 10 tahun.
Meskipun belum terdapat bukti bahawa kereta sewa menjejas kadar kemalangan di Singapura, profesor madya Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) Walter Theseira berkata bahawa premium yang lebih tinggi yang meliputi kereta sewa menunjukkan bahawa penanggung insurans sedia maklum terdapat risiko yang lebih tinggi untuk kereta yang disewakan.
Mediacorp sudahpun meminta Pasukan Polis Singapura (SPF) dan LTA untuk memberi perincian mengenai kenderaan kereta sewa yang terlibat dalam nahas jalan raya.
KERETA TIDAK DISENGGARA DENGAN BAIK CETUS KEBIMBANGAN?
Terdapat bukti bahawa para pemandu dipersalahkan atas kemalangan yang berlaku. Sekalipun demikian, para penyewa seperti Encik Ahmad menarik perhatian mengenai keadaan kenderaan kereta sewa yang kurang baik.
Dr Bansal menjelaskan bahawa beberapa pengguna yang beliau pernah temui, mengadu mengenai kekurangan dari segi kebersihan dan penyenggaraan kereta sedemikian, yang mana boleh menjadi faktor yang menjejas kadar kemalangan.
Sungguhpun demikian, beliau menambah bahawa ia adalah "kejam" untuk mengaitkan kekurangan penyenggaraan kepada syarikat kereta sewa kerana mereka mematuhi amalan penyenggaraan umum.
KERETA DISENGGARA DENGAN BAIK: SYARIKAT KERETA SEWA
Syarikat-syarikat kereta sewa yang ditemui Mediacorp bagaimanapun menyatakan bahawa mereka melakukan pembersihan dan penyenggaraan bagi kereta-kereta tersebut secara berkala, di samping pemeriksaan wajib kenderaan yang dikendalikan LTA.
Cik Jenny Lim, kedua platform kereta sewa elektrik BlueSG menjelaskan bahawa pemeriksaan penyenggaran pencegahan dilakukan sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan dan kereta-keretanya dibersihkan setiap minggu.
Sementara itu, ketua eksekutif GetGo, Encik Toh, berkata kereta mereka "diperiksa dan dibersihkan secara berkala" dan kereta-keretanya juga sering kali menjalani pemeriksaan wajib.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.