Skip to main content

Singapura

Pengguna boleh padam aplikasi TraceTogether, pulangkan token dari 13 Feb hingga 12 Mac

Anggaran Waktu Membaca:
Pengguna boleh padam aplikasi TraceTogether, pulangkan token dari 13 Feb hingga 12 Mac

(Gambar fail: Agensi Pemerintah Teknologi Singapura)

Diterbitkan : 09 Feb 2023 07:45PM
SINGAPURA: Pengguna TraceTogether (TT) boleh memadamkan aplikasi tersebut dari telefon bimbit mereka dan memulangkan token mereka ke balai rakyat dan kelab masyarakat, mulai Isnin depan (13 Feb).

Perusahaan-perusahaan juga boleh berbuat demikian bagi aplikasi SafeEntry (Perniagaan).

Agihan dan khidmat tukar ganti token di balai rakyat dan kelab masyarakat (CC) akan dihentikan pada 13 Februari, manakala mesin layan diri token juga akan dihentikan operasinya.

Demikian menurut Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) pada Khamis (9 Feb).

Proses pemulangan token tersebut bermula dari 13 Februari hingga 12 Mac. Orang ramai boleh memulangkan token mereka di kaunter TT yang terletak di kesemua 108 CC.

Malah, mereka juga boleh memulangkan token bagi pihak keluarga dan rakan-rakan mereka.

Menurut SNDGO, token yang dipulangkan, akan dihantar untuk dikitar semula dan dibaik pulih.

Ia mengalakkan orang ramai supaya memulangkan token tersebut, bagi memastikan ia siap diagih semula sekiranya operasi TT diaktifkan semula.

MOM juga tidak lagi memerlukan orang yang dijangkiti COVID-19 untuk menyerahkan data TT, manakala data SE tidak lagi dikumpul, dan ia telah memadamkan semua data TT dan SE yang boleh dikenal pasti daripada server dan pangkalan datanya.

Bagaimanapun, data TT yang berkaitan dengan kes pembunuhan pada Mei 2020 akan disimpan selama-lamanya. Ini amat diperlukan untuk kes serius seperti pembunuhan, tambah MOH.

TRACETOGETHER AKAN DIAKTIFKAN SEMULA JIKA DIPERLUKAN

Mulai Isnin depan, sistem DORSCON Singapura diturunkan ke warna Hijau - sekali gus meletakkan COVID-19 di dalam kategori yang sama dengan
Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) dan selesema burung H7N9.

Pemakaian pelitup di pengangkutan awam dan di sebilangan tempat jagaan kesihatan dan rumah jagaan, tidak diwajibkan lagi.
"Bagaimanapun amat berguna untuk memastikan kedua-dua sistem TT dan SE bersedia untuk aktifkan semula bagi kemungkinan berlaku penyebaran Varian Keprihatinan (VOC) yang lebih berbahaya,"kata MOH.

MOH menjelaskan bahawa butiran pendaftaran seperti nama, UEN perniagaan, nombor telefon akan dikekalkan di dalam sistem, bagi mengurangkan langkah-langkah yang diambil individu dan syarikat untuk menguatkuasakan dan mendaftar semula bagi TT dan SE, sekiranya ia diperlukan.

Kedua-dua aplikasi TT dan SE (Perniagaan) juga akan kekal tersedia di App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery supaya dapat segera diaktifkan jika diperlu.

Sementara itu, SNDGO menasihatkan orang ramai bahawa sekiranya operasi TT diaktifkan semula, mereka yang boleh menggunakan aplikasi TT harus berbuat demikian, daripada mengambil sebuah token yang baru.

"Aplikasi tersebut membenarkan kemas kini dan penjejakan kontak yang lebih pantas," jelas SNDGO.

SNDGO menambah bahawa ia akan mengutamakan mereka yang tidak boleh menggunakan aplikasi TT, seperti warga emas, kanak-kanak dan mereka yang tidak mempunyai telefon bimbit bijak.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita