Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengguna basikal elektrik mesti lulus ujian teori diperluas sebelum dibenar tunggang di jalan raya

Para penunggang basikal elektrik akan diwajibkan untuk lulus ujian teori yang diperluas sebelum mereka dibenarkan untuk menunggangnya di jalan raya.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengguna basikal elektrik mesti lulus ujian teori diperluas sebelum dibenar tunggang di jalan raya

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 05 Apr 2021 05:24PM Dikemas Kini : 05 Apr 2021 05:26PM

SINGAPURA: Para penunggang basikal elektrik akan diwajibkan untuk lulus ujian teori yang diperluas sebelum mereka dibenarkan untuk menunggangnya di jalan raya.

Ini selepas pindaan-pindaan terhadap Akta Lalu Lintas Jalan Raya diusulkan di Parlimen pada Isnin (5 Apr). Pindaan-pindaan itu bermatlamat untuk menjadikan jalan raya lebih selamat, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam kenyataannya pada Isnin.

Ujian yang diperluas adalah lanjutan dari ujian teori mengenai keselamatan di laluan awam, dengan para penunggang basikal elektrik tidak lama lagi dikehendaki lulus ujian di bawah Akta Mobiliti Aktif yang dipinda baru-baru ini.

Pada Mac, Pemerintah mengumumkan di Parlimen bahawa ujian teori bagi keselamatan di laluan awam akan bermula pada pertengahan 2021, manakala buku panduan ujian akan dikeluarkan pada April.

Ujian teori yang diperluas itu diperkenalkan kerana basikal elektrik juga dibenarkan di jalan raya, menurut MHA.

Dengan itu, para pengguna basikal elektrik hanya perlu lulus satu ujian teori dengan modul-modul mengenai keselamatan di laluan awam dan jalan raya. Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan menjadi satu-satunya pusat rujukan digital bagi ujian-ujian itu.

Para penunggang mesti memenuhi kriteria yang sama sebelum menduduki ujian yang diperluas itu, termasuk berusia sekurang-kurangnya 16 tahun dan membayar yuran ujian tunggal. Hasil ujian itu sah seumur hidup kecuali bagi kes-kes penyalahgunaan atau penipuan.

MHA juga akan menjadikannya sebagai satu kesalahan di sisi undang-undang jika sesiapa didapati menunggang basikal elektrik di jalan raya tanpa lulus ujian teori dan sekiranya sesiapa menggajikan orang lain yang belum lulus ujian untuk menunggang basikal elektrik di jalan raya.

Kesalahan menggajikan orang lain yang belum lulus ujian untuk menunggang basikal elektrik di jalan raya turut melibatkan syarikat-syarikat yang dengan sengaja atau secara cuai mendapatkan khidmat pekerja penghantaran makanan yang belum lagi lulus ujian teori. Ini termasuk para pekerja yang tidak digajikan oleh majikan-majikan sedemikian.

Hukuman bagi kesalahan-kesalahan itu akan diselaraskan dengan Akta Mobiliti Aktif.

Para pesalah kali pertama boleh dihukum penjara sehingga enam bulan dan/atau dikenakan denda maksimum S$2,000. Para pesalah berulang pula boleh dipenjara sehingga setahun dan/atau didenda sehingga S$5,000.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan