Pengguna Apple dinasihatkan segera kemas kini perisian macOS, iPhone dan iPad: SingCERT
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pengguna produk Apple termasuk MacBook, iPhone dan iPad harus mengemas kini perisian pada peranti mereka untuk memperbaiki dua kelemahan keselamatan.
Demikian menurut Pasukan Respons Kecemasan Komputer Singapura (SingCERT) pada Jumaat (11 Nov).
Apple mengeluarkan kemas kini keselamatan untuk menangani dua kelemahan, menurut agensi itu.
Ia menasihatkan pengguna supaya segera melakukan kemas kini perisian versi terbaru bagi produk berikut:
- iPhone 8 dan versi lebih baru
- iPad Pro (semua model)
- iPad Air generasi ke-3 dan versi lebih baru
- iPad generasi ke-5 dan lebih baru
- iPad mini generasi ke-5 dan versi lebih baru
- macOS Ventura
Pengguna juga digalakkan untuk membolehkan kemas kini perisian automatik di bawah fungsi "settings" dalam peranti mereka.
Eksploitasi kelemahan pada peranti "membolehkan penyerang mempunyai kawalan lengkap ke atas sistem, menyebabkan kerosakan data, simpanan data serta aplikasi tergantung", menurut SingCERT.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.