Pengguna Android di SG cuba pasang aplikasi tidak disahkan hampir 900,000 kali dalam 6 bulan
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Di sebalik usaha pihak berkuasa dan sektor swasta, pengguna Android di Singapura masih melakukan hampir 900,000 percubaan untuk memasang aplikasi berisiko tinggi yang boleh menyebabkan peranti mereka dijangkiti perisian hasad, kata gergasi teknologi Google pada Khamis (15 Ogos).
Percubaan ini disekat oleh ciri keselamatan yang dilancarkan Google enam bulan lalu sebagai sebahagian daripada percubaan untuk melindungi pengguna dengan lebih baik daripada penipuan perisian hasad, yang menyebabkan kerugian sekurang-kurangnya S$34.1 juta tahun lepas dengan kira-kira 1,900 kes dilaporkan.
Singapura ialah negara pertama yang melancarkan sepenuhnya ciri keselamatan yang dipertingkatkan itu, yang secara automatik menyekat pengguna Android daripada memasang aplikasi daripada sumber yang tidak disahkan. Ia dibangunkan dengan kerjasama Agensi Keselamatan Siber Singapura.
Bilangan kes penipuan melalui perisian hasad di negara ini telah merosot secara drastik kepada 95 pada separuh pertama tahun ini.
Namun, di sebalik adanya lapisan keselamatan tambahan ini, Menteri Negara Penerangan dan Pembangunan Digital Rahayu Mahzam menarik perhatian bilangan percubaan yang tinggi oleh pengguna Android untuk memuatkan lebih daripada 11,000 aplikasi berisiko tinggi unik pada lebih 200,000 peranti.
Aplukasi ini datang daripada sumber seperti browser web, pemesejan dan pengurus fail.
"Pengguna perlu memainkan peranan untuk melindungi diri mereka juga," tambah Cik Rahayu semasa meeasmikan acara "Safer with Google" pada Khamis.
Di pihaknya, Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) masih dalam proses membangunkan Kod Amalan untuk kedai aplikasi menangani kandungan berbahaya dalam program.
Beberapa keperluan tambahan memperkenalkan pengesahan umur dan dokumentasi identiti untuk melindungi kanak-kanak oline.
Menurut Cik Rahayu kerjasama antara sektor awam-swasta "membolehkan kami membangunkan huraian inovatif" untuk menangani penipuan dan bahaya online yang lain.
GERAN BAHARU AS$2J, APLIKASI PEMERINTAH YANG DISAHKAN
Pengarah Urusan Google Singapura Ben King berkata: “Hakikatnya ialah penipuan kewangan telah menyaksikan peningkatan yang luar biasa di seluruh negara dalam tempoh 12, 18, 24 bulan yang lalu. Selain itu, kami mempunyai pangkalan pengguna Android yang sangat besar di negara ini.
"Sangat jelas bahawa kita perlu memikirkan masalah ini dalam cara jangka panjang, (dan) mempunyai strategi jangka panjang tentang bagaimana kita akan menghadapi cabaran ini," tambahnya.
Untuk itu, Google mengumumkan beberapa langkah lain untuk memerangi penipuan di Singapura, termasuk geran AS$2 juta (S$2.6 juta) - yang terbesar kepada organisasi impak sosial Singapura.
Ia akan menyokong perusahaan sosial tempatan Bamboo Builders untuk melancarkan program SG ScamWISE, yang bertujuan untuk mendidik 100,000 belia dan warga emas tentang cara mengelakkan penipuan dan ancaman dalam talian menjelang 2026.
Bamboo Builders akan bekerjasama dengan Tech for Good Institute untuk menjalankan penyelidikan mengenai penipuan di Singapura dan merentasi rantau Asia Tenggara yang lebih luas.
Untuk mengelakkan percubaan penyamaran, Google akan memerlukan aplikasi pemerintah rasmi di Google Play Store untuk disahkan dengan lencana "pemerintah" yang unik, seperti Singpass dan HealthHub SG.
Google turut menandatangani perjanjian dengan Universiti Sains Sosial Singapura untuk menghasilkan lebih ramai pakar keselamatan online melalui program profesional Amanah dan Keselamatan yang pertama seumpamanya di rantau Asia-Pasifik.
Encik King berkata: “Saya gembira dengan kemajuan yang kami capai dalam bersama-sama memerangi cabaran keselamatan online yang semakin meningkat, tetapi usaha ini masih berterusan, kerana pelakon jahat terus mengembangkan taktik mereka.
“Penggunaan AI yang meningkat di Singapura, dengan separuh penduduknya menggunakan alat AI generatif, memperkenalkan risiko baharu, seperti perisian hasad yang canggih dan pemalsuan mendalam yang meyakinkan,” tambahnya.

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.