Penggubah muzik, penggiat penataan cahaya bawa sentuhan serantau ke Pesta Malam SG 2026
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pesta Malam Singapura (SNF) 2026 bakal membuka tirainya pada 21 Ogos ini.
Namun, di sebalik karya-karya berwarna-warni dan beraneka bentuk, terdapat individu-individu yang giat berusaha menjayakan karya-karya tersebut di sebalik tabir.
Wartawan Athirah Karim bertemu dengan Nabillah Jalal dan Abdul Shakir Abu Samah, dua individu di sebalik pertunjukan penataan cahaya di SNF tahun ini.
IRINGAN MUZIK MENGHIDUPKAN LAGI PENATAAN CAHAYA
Di luar Muzium Negara, bakal terdapat pertunjukan penataan cahaya karya The Fox, The Folks yang merupakan artis-artis penataan cahaya dari Bandung, Indonesia.
Dengan tajuk 'Kisah Bumi dan Laut', penataan cahaya tersebut mentafsir semula cerita rakyat tempatan menerusi dialog antara tanah dan air.

Namun, pengalaman tersebut tidak lengkap tanpa iringan muzik yang menghidupkan lagi penceritaan yang dibawa The Fox, The Folks.
Oleh itu, kumpulan Artusik dari Singapura, dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dari Malaysia, mencipta runut bunyi khas untuk pertunjukan tersebut dengan menggunakan alat-alat muzik tradisional Melayu, Cina dan India sebagai gambaran bunyi yang unik kepada Singapura.
"Kami sebenarnya melihat visualnya dan menggubah muzik berdasarkan warna dan juga pergerakan daripada visual itu. Dari mulanya kami sudah rancang yang muzik kami memang ada kena-mengena dengan berbilang kaum di Singapura juga, sebab itu instrumentasi yang kita gunakan ada dizi daripada orkestra Cina, tabla daripada orkestra India, rebana dan juga gamelan," ungkap pengasas bersama Artusik, Nabillah Jalal.

Bagi orkestra berbilang kaum itu, ia juga merupakan kali pertama mereka bekerjasama dengan The Fox, The Folks dan UiTM. Bahkan, ia juga pengalaman julung-julung kalinya bagi kumpulan tersebut berkecimpung dengan penggubahan runut bunyi bagi penataan cahaya.
"Sebenarnya, saya rasa amat gementar kerana ini merupakan projek yang berskala besar untuk Artusik dan malah komposer-komposer kami semua tak pernah menggubah muzik untuk penataan cahaya dan apatah lagi, ini juga projek yang merentas ke luar negara. Jadi, kita pun mengambil keputusan untuk ke Indonesia untuk bertemu dengan The Fox, The Folks untuk mengenali mereka supaya kita boleh memahami cara berkerja mereka cara proses kreatif mereka," kongsi beliau.
"Selain itu juga, saya amat berbesar hati yang kita dapat bekerjasama dengan Universiti Teknologi MARA di Malaysia di mana salah satu daripada pensyarah mereka juga menggubah salah satu babak dalam muzik kami. Alumni dan juga pensyarah daripada UiTM juga terlibat dalam sesi rakaman kami semua. Saya rasa proses itu indah kerana walaupun kita semua daripada latar belakang yang berbeza dan juga pengalaman yang berbeza, apabila kita berbual tentang cerita, tentang emosi, tentang muzik, tiba-tiba bahasanya jadi universal," tambah beliau lagi.
'Kisah Bumi dan Laut' akan dipaparkan secara berulang selama 10 minit sepanjang SNF 2026.
PERTANDINGAN PENATAAN CAHAYA 'MALAM' DISERTAI ARTIS-ARTIS SERANTAU
Selain The Fox, The Folks dan UiTM, SNF 2026 turut bekerjasama dengan ramai lagi artis-artis serantau untuk meraikan seni dan mengangkat tema 'Mitos dan Legenda'.
Antaranya, SNF 2026 membuka peluang kepada artis-artis serantau untuk menyertai pertandingan penataan cahaya sulung di Singapura yang bertajuk 'MALAM'.
Hampir 50 artis dari Asia Tenggara menyumbang karya mereka untuk pertandingan itu. Namun, dari 21 hingga 28 Ogos, hanya 18 karya terbaik akan dipancarkan di luar bangunan The Cathay.
Pada 28 Ogos pula, para juri akan memilih lima karya terbaik untuk dipaparkan di luar bangunan sama sehingga SNF 2026 melabuhkan tirainya pada 5 September ini.
Antara juri bagi MALAM ialah Encik Abdul Shakir Abu Samah, pengasas bersama Filamen, sebuah komuniti penataan cahaya daripada Malaysia.
Di bawah Filamen, beliau juga mengendalikan pertandingan penataan cahaya sejak 2023 di Malaysia iaitu 'TERANG'.
"Pertandingan yang kita buat dekat Malaysia hanya dibuka kepada pelajar sahaja, terutama pelajar universiti. (Untuk) pemenang ataupun finalis pertandingan kita di Malaysia itu, kita dah boleh tunjukkan jalan untuk mereka masuk ataupun sertai pertandingan lain, contohnya pertandingan penataan cahaya MALAM. Jadi, (TERANG) ialah satu langkah terhadap pertandingan penataan cahaya MALAM kerana MALAM terbuka kepada semua," ujar Encik Abdul Shakir.

PERTUKARAN IDEA SERANTAU MEMPERKAYAKAN BIDANG SENI
Encik Abdul Shakir juga merupakan penganjur bersama persidangan ALIGHT 2.0 yang akan berlangsung pada 29 Ogos ini.
Persidangan yang bermula pada tahun lepas itu mengumpul para artis penataan cahaya di Asia untuk membincangkan tentang masa depan seni tersebut.
"Untuk ALIGHT 2.0 nanti, idea kita ataupun apa yang kita nak bincangkan ialah mungkin macam mana kita boleh bawa ataupun kumpulkan pengamal ataupun orang-orang yang melakukan penataan cahaya ini daripada seluruh Asia Tenggara untuk kita berkumpul sama-sama dan juga bertukar idea dan bagaimana kita boleh berkembang."
"Pada masa yang sama juga, kita nak berbincang tentang macam mana kita boleh bawa cerita daripada Asia Tenggara ini ke luar Asia Tenggara," jelasnya.
Beliau juga berkongsi bahawa sudah terbukti kesan positif yang diraih daripada kolaborasi dan pertukaran idea bersama artis-artis serantau.
"Kita dapat lihat beberapa impak terutama di kalangan artis dan juga pelajar, yang beberapa artis melalui ALIGHT dan juga Pesta Malam Singapura yang sudah dapat pergi ke luar negara, contoh 1minute Projection Mapping di Tokyo," kata beliau lagi.
Encik Abdul Shakir turut berpendapat bahawa melalui SNF, Singapura boleh menjadi hab untuk artis-artis penataan cahaya di Asia Tenggara.
"Singapura juga memberi peluang untuk artis-artis daripada Asia Tenggara bercerita tentang kita. Tak banyak peluang ataupun platform untuk artis daripada Asia Tenggara bercerita tentang budaya kita, tentang cerita nenek moyang kita dan dengan adanya Pesta Malam Singapura, terutama sekali dengan tema 'Mitos dan Legenda' yang kita ada tahun ini, sangatlah membantu kita menceritakan kita punya cerita rakyat dan mitos kita kepada orang luar daripada rantau ini," ujar beliau lagi.
Orang ramai boleh melihat karya-karya penataan cahaya serta lebih 70 program lain SNF 2026 dari 21 Ogos hingga 5 September di kawasan Bras Basah.Bugis.

Sumber : BERITA Mediacorp/ak
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.