Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penggiat akar umbi hampir 4 dekad dan Yusnor Ef antara penerima Anugerah Hari Kebangsaan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Aug 2022 09:06PM Dikemas Kini : 09 Aug 2022 09:28PM

SINGAPURA: Seorang penggiat akar umbi dan seorang tokoh seni adalah antara lebih 6,200 penerima anugerah Hari Kebangsaan tahun ini.

Encik Abdul Rahman Mohamed sudah berkecimpung dengan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Toa Payoh selama 37 tahun.

Beliau berkongsi rasa besar hatinya menerima anugerah Bintang Bakti Masyarakat (Lintang) dan bertekad menghulurkan bantuan kepada para penduduk tidak kira kaum dan agama.

Ini termasuk mengambil tahu tentang keperluan kewangan bagi pendidikan kanak-kanak dan kemahiran sepanjang hayat.

a
 Ihsan: Abdul Rahman Mohamed

"Sekarang buat masa ini saya telah menubuhkan CPF Tuisyen Mendaki untuk menggalakkan anak-anak mereka supaya belajar dengan gigih supaya di masa 25 tahun yang akan datang mereka akan menjadi insan yang berguna kepada ibu bapa mereka dan bekerja dan mendapat gaji yang lumayan untuk diri mereka dan membantu keluarga mereka dan juga ekonomi Singapura," kata Encik Abdul Rahman.

Seorang lagi penerima anugerah ialah tokoh seni yang cukup disegani.

Karya penulis lagu berprolifik dan pemenang pingat budaya, Encik Mohamed Noor Mohamed Yusofe atau lebih dikenali sebagai Yusnor Ef menjangkaui zaman selama kira-kira lima dekad.

Penerima anugerah Bintang Bakti Masyarakat ini menulis beratus-ratus seni kata lagu 'hit' gubahan P.Ramlee, Zubir Said dan ramai lagi.

Lagu-lagu beliau yang dirakam artis seperti Anita Sarawak, Ahmad Jais dan Sanisah Huri kekal malar segar hingga ke hari ini.

Beliau masih lagi berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Karyawan Muzik Melayu Singapura (PERKAMUS).

Sumber : BERITA Mediacorp/EM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan