Skip to main content

Singapura

Pengganasan siber keprihatinan utama dibangkit dalam rundingan keselamatan

Hampir 20 pegawai kanan penguat kuasa undang-undang dari merata dunia mengenal pasti pengganasan siber sebagai keprihatinan utama.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengganasan siber keprihatinan utama dibangkit dalam rundingan keselamatan

Gambar fail. (Gambar: Kacper Pempel/Reuters)

Diterbitkan : 08 Mar 2019 07:09PM Dikemas Kini : 08 Mar 2019 07:10PM

SINGAPURA: Hampir 20 pegawai kanan penguat kuasa undang-undang dari merata dunia mengenal pasti pengganasan siber sebagai keprihatinan utama.

Para peserta program perkongsian selama tiga hari itu membincangkan ancaman dan cabaran-cabaran keselamatan rentas sempadan. Para pegawai tersebut berasal dari negara-negara seperti Brunei dan Britain.

Salah seorang penceramah utama ialah Encik Juan Zarate, mantan penasihat kanan keselamatan Pentadbiran Bush antara 2005 hingga 2009.

Encik Zarate, yang juga adalah mantan Penolong Timbalan kepada Presiden Bush, bercakap mengenai bagaimana negara-negara semakin bergantung pada prasarana siber untuk berhubung, malah menguruskan ekonomi.

Ini, katanya, mewujudkan suasana yang mudah terdedah kepada eksploitasi penjenayah siber.

"Hakikatnya, kita akan terus melihat kes-kes mengenai pencerobohan siber, penggodaman dan penyusupan data dan mungkin pemusnahan sistem-sistem. Ini sesuatu yang tidak dapat dielak," kata Encik Zarate.

Beliau menambah bahawa salah satu dimensi utama dalam bidang keselamatan dalam model keselamatan pada abad ke-21 adalah mengenai bagaimana sektor awam dan privet boleh bekerjasama secara lebih dinamik.

Ia juga perlu dilakukan pada masa nyata, menurut beliau, bagi melindungi sistem-sistem dan data utama daripada serangan-serangan canggih yang kita terus alami.

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita