Skip to main content

Singapura

Penggal sekolah 2026 bermula 2 Jan, berakhir 20 Nov

Anggaran Waktu Membaca:
Penggal sekolah 2026 bermula 2 Jan, berakhir 20 Nov

Para pelajar Singapura di dalam bilik darjah. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 30 Jul 2025 06:32PM Dikemas Kini : 30 Jul 2025 06:34PM
SINGAPURA: Murid tadika, pelajar sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan (MOE) akan memulakan tahun akademik pada 2 Januari.

Hari terakhir sekolah adalah pada 20 November.

Murid-murid K2 serta pelajar Darjah 2 hingga 6 bagaimanapun akan melaporkan diri ke sekolah pada 5 Januari, menurut kenyataan kementerian itu pada Rabu (30 Jul).

Pelajar tahun pertama di maktab rendah (JC) dan Institut Millennia (MI) akan mula bersekolah pada 4 Februari, manakala pelajar lain di JC dan MI akan memulakan persekolahan lebih awal, iaitu pada 12 Januari.

CUTI SEKOLAH

Terdapat empat musim cuti bagi sekolah, JC dan MI pada 2026.

Bagi tadika, sekolah rendah dan menengah MOE, cuti pertama bermula pada 14 Mac hingga 22 Mac.

Cuti kedua pula bermula 30 Mei hingga 28 Jun, cuti ketiga dari 5 September hingga 13 September, manakala cuti keempat bermula 21 November hingga 31 Disember.

JC dan MI kebanyakannya berkongsi tiga musim cuti pertama seperti sekolah tadika, rendah dan menengah MOE.

Namun begitu, cuti akhir bagi pelajar Tahun 1 JC dan pelajar Tahun 1 dan 2 MI akan bermula dari 28 November hingga 31 Disember.

Pelajar Tahun 2 JC dan Tahun 3 MI akan memulakan cuti sekolah selepas tamat peperiksaan GCE Peringkat A hingga 31 Disember.

Tiga cuti sekolah juga dijadualkan pada 2026:

Hari Belia: 5 Julai (Memandangkan hari cuti itu jatuh pada Ahad, Isnin berikutnya iaitu 6 Julai akan menjadi cuti sekolah)

Hari Guru: 4 September

Hari Kanak-Kanak: 2 Oktober (untuk murid sekolah rendah)
 
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita