Penggal persekolahan 2023 bagi peringkat rendah, menengah dan tadika MOE bermula 3 Januari
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Murid Darjah 1, Tadika 1 dan pelajar menengah di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan (MOE) akan memulakan persekolahan tahun 2023 pada 3 Januari.
Demikian menurut kementeriaan tersebut pada Rabu (19 Okt).
Murid Tadika 2 dan pelajar Darjah 2 hingga Darjah 6 akan datang ke sekolah pada keesokan harinya (4 Jan), serupa dengan aturan pada tahun 2021 dan 2022.
"Walaupun langkah tersebut diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha melindungi keselamatan masyarakat di sekolah ketika pandemik COVID-19, aturan tersebut sudah membantu memudahkan murid-murid lebih muda menyesuaikan diri dalam sekitaran sekolah baru mereka pada hari pertama di sekolah," menurut MOE.
Ia menambah bahawa aturan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang.
Tahun persekolahan bagi peringkat rendah dan menengah akan berakhir pada 17 November.
Hari terakhir bagi sekolah-sekolah yang akan digunakan sebagai lokasi bagi peperiksaan bertulis GCE peringkat O akan diawalkan, iaitu pada 27 Oktober.
Sementara itu, penuntut tahun 1 di maktab rendah dan Institut Millenia (MI) akan memulakan tahun persekolahan pada 3 Februari dan berakhir pada 24 November.
Pelajar maktab rendah dan MI yang lain akan memulakan persekolahan pada 9 Januari dan tahun persekolahan mereka akan berakhir dengan tamatnya peperiksaan GCE A.
Semua sekolah akan mempunyai empat tempoh percutian, seperti berikut:

Empat cuti sekolah juga dijadualkan pada tahun persekolahan 2023: Hari Belia, hari selepas Hari Kebangsaan, Hari Guru dan Hari Kanak-Kanak
Tarikhnya seperti berikut:
Tarikhnya seperti berikut:
Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.