Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengewap elektronik, peralatan bernilai lebih S$300,000 dirampas di Pusat Pemeriksaan Tuas

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Apr 2022 01:46PM Dikemas Kini : 14 Apr 2022 11:00PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa menyita alat pengewap elektronik atau 'vape' dan peralatannya bernilai lebih S$300,000 yang hendak diseludup ke negara ini menerusi Pusat Pemeriksaan Tuas.

1,200 'vape' dan lebih 49,000 peralatan itu ditemui dalam tiga lori berdaftar di Malaysia pada 5 dan 7 hari bulan ini.

Lima lelaki Malaysia berumur antara 21 dengan 51 tahun sedang membantu dalam siasatan, menurut
Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam kenyataan bersama pada Khamis (14 Apr).

Barangan yang dirampas itu mempunyai nilai pasaran lebih S$300,000, tambah HSA dan ICA.

Pada 5 April, pegawai ICA menemui 1,200 alat pengewap pakai buang yang disembunyikan dalam sebuah lori berdaftar Malaysia yang mengangkut bahan resin masuk ke Singapura.

"Pegawai ICA melakukan pemeriksaan lanjut ke atas lori berkenaan dan menemui alat pengewap pakai buang disembunyikan di belakang kerusi pemandu dan penumpang serta di bawah tempat duduk penumpang," menurut pihak berkuasa.

"Dalam percubaan pertama, para pegawai jumpa beg hitam di belakang tempat duduk pemandu dan penumpang dan menemui sejumlah 36,270 pod pengisi semula pengewap elektronik," menurut pihak berkuasa.

Pegawai ICA juga menemui beberapa beg plastik sampah hitam mengandungi 13,125 pod pengisi semula pengewap elektronik disembunyikan di belakang kerusi pemandu dan penumpang.

HSA mengingatkan orang ramai bahawa mengimport, mengedar, menjual atau menawarkan untuk menjual produk tembakau tiruan dilarang di bawah Akta Tembakau.

Sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Pesalah berulang boleh didenda tidak melebihi S$20,000, dipenjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan