Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengetua sekolah ini cipta protokol tingkatkan proses pemikiran pelajar

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebuah protokol pemikiran metakognisi yang membantu murid-murid lebih berdikari dan membuat pembelajaran kendiri.

Demikian matlamat projek Tindakan Kreatif (CAP) yang dibangunkan guru besar Sekolah Menengah Ang Mo Kio Encik Ashraf Maniam sewaktu mengikuti Program Pemimpin dalam Pendidikan (LEP) NTU-NIE.

"Melalui projek itu, saya membangunkan Protokol Pemikiran Metakognisi yang membantu membimbing pelajar untuk lebih sedar dan mengawal proses pemikiran mereka sendiri dengan lebih baik apabila memulakan tugasan tertentu, khususnya apabila melakukan pembelajaran di rumah," kongsi Encik Ashraf kepada BERITAmediacorp.

Menurut beliau, protokol itu menggabungkan unsur-unsur yang membolehkan pelajar merenung bukan sahaja pada proses pemikiran kognisi mereka, tetapi juga aspek afektif pembelajaran mereka seperti emosi dan tahap motivasi.

Ia juga memudahkan gabungan refleksi individu dan kolaboratif di mana pelajar boleh menerangkan pemikiran mereka dan menawarkan cadangan kepada rakan sebaya mereka.

Encik Ashraf merupakan salah seorang daripada tiga penerima Anugerah Pingat Dr Ruth Wong yang mengiktiraf para graduan yang menunjukkan prestasi terbaik dalam CAP.

Program LEP membolehkan para graduan memimpin sekolah ke tahap kecemerlangan pendidikan yang lebih tinggi. 

Ia menyokong dan mempersiapkan mereka untuk lebih bersedia menghadapi cabaran dan tuntutan sistem pendidikan yang cepat berubah masa kini.

"Program LEP ini membolehkan saya untuk mengembangkan kemahiran sebagai seorang pemimipin. Program itu adalah transformatif kerana ia memberi saya peluang untuk mengumpul pandangan kepimpinan dan pendidikan daripada pelbagai pengalaman pembelajaran," ujar beliau.

Encik Ashraf dalam kalangan 36 pemimpin sekolah yang lulus daripada program LEP tahun ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan