Pengetua Kinderland Woodlands Mart digantung kerja di tengah siasatan kes aniaya murid
Anggaran Waktu Membaca:
Prasekolah Kinderland di Woodlands Mart. (Gambar: CNA/Hanidah Amin)
SINGAPURA: Pengetua Prasekolah Kinderland di Woodlands Mart digantung tugas setelah seorang bekas guru didakwa minggu ini atas tuduhan menganiaya seorang murid di pusat tersebut.
Seorang lagi guru di prasekolah Kinderland di Sunshine Place di Choa Chu Kang juga diberkas kerana dipercayai menganiaya seorang murid.
"Sementara menantikan hasil siasatan oleh pihak berkuasa relevan dan pasukan siasatan tatatertib kedua-dua pusat itu, pengetua Woodlands Mart sudah digantung daripada tugasnya sekarang," menurut Kinderland Singapore dalam satu catatan Facebook hari ini (31 Ogos).
"Kami merayu kepada orang ramai agar mengelak daripada membuat spekulasi - kami akan berkongsi kemas kini dari semasa ke semasa."
Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) pada Rabu (30 Ogos) menyatakan bahawa ia sedang menyiasat pengetua kedua-dua pusat tersebut, Cik Mahirah Yasid dan pengendalinya.
Tindakan lanjut mungkin akan diambil jika mereka didapati tidak menjalankan tugas menjaga kanak-kanak di pusat kendalian mereka, menurut ECDA.
Guru yang didakwa di mahkamah, Li Min, dituduh menganiaya seorang kanak-kanak berusia 23 bulan pada 30 Jun di pusat di Woodlands Mart.
Dokumen-dokumen mahkamah menunjukkan dia dipercayai memaksa seorang kanak-kanak perempuan berbaring lalu menuang air ke dalam mulut kanak-kanak berkenaan.
Bekas guru berusia 33 tahun itu juga dilihat dalam video-video lain melayan kanak-kanak di bawah jagaannya secara kasar. Dia sudah dipecat dan dilarang daripada bekerja dalam sektor prasekolah.
Insiden itu mencetuskan kemarahan online dalam kalangan ibu bapa yang mempersoalkan cara prasekolah berkenaan menangani kes-kes tersebut.
Dalam catatan Facebooknya pada Khamis (31 Ogos), Kinderland Singapore memohon maaf atas "kebimbangan dan kegelisahan yang ditimbulkan oleh video-video berkenaan baru-baru ini" kepada ibu bapa dan orang ramai.
Ia menambah bahawa pihaknya sedang memantau kesejahteraan kanak-kanak terjejas.
"Khidmat kaunseling dan sokongan tambahan akan ditawarkan kepada ibu bapa terjejas," menurut prasekolah tersebut.

GARIS MASA
30 Jun: Guru Lin Min dipercayai memaksa seorang murid berusia 23 bulan di Prasekolah Kinderland @ Woodlands Mart untuk berbaring lalu dituangnya air ke dalam mulut kanak-kanak itu.
Seorang lagi guru - Guru B - berada dalam bilik darjah sama semasa insiden berlaku.
29 Julai: Guru B berhenti kerja. Disifatkan sebagai "guru baharu", beliau berhenti daripada Kinderland Woodlands selepas tiga bulan.
10 Ogos: ECDA memulakan siasatan selepas dimaklumkan tentang insiden-insiden tersebut oleh "seorang bekas pekerja". Ia bagaimanapun tidak mendedahkan siapa pekerja tersebut.
17 Ogos: Kinderland menyatakan ia dimaklumkan mengenai rakaman-rakaman video selepas dihubungi oleh ECDA pada 17 Ogos. Tiga kakitangan pusat Woodlands Mart bertemu dengan ECDA dan ditunjukkan video tersebut.
18 Ogos: Seorang lagi kakitangan Kinderland bertemu dengan ECDA dan ditunjukkan video.
Ibu pejabat Kinderland memulakan siasatan disiplin dan bertemu dengan Lin. Pengetua pusat Woodlands Mart dan Lin menghubungi ibu bapa kanak-kanak yang terjejas.
28 Ogos: Video-video rakaman insiden di prasekolah di Woodlands Mart muncul di media sosial. Lin dipecat.
Guru B kemudian memberitahu Mediacorp dia berkongsi video-video tersebut dalam satu kumpulan sembang para ibu pada 29 Ogos setelah berkongsi video-video itu dengan ECDA.
29 Ogos: Satu video baharu muncul di media sosial menunjukkan seorang lagi guru dipercayai menganiaya seorang murid di prasekolah Kinderland di Sunshine Place Choa Chu Kang.
Guru itu diberkas. ECDA menyatakan ia sedang menyiasat kes terbaharu itu.
Kinderland menyatakan ia akan melaksanakan langkah-langkah baharu, termasuk memperluaskan penggunaan CCTV di semua bilik darjah di kedua-dua pusat.
30 Ogos: Lin didakwa di mahkamah atas kesalahan menganiaya kanak-kanak. Hakim meluluskan permohonan pihak pendakwa untuk dia ditahan reman di Institut Kesihatan Mental (IMH).
Menurut ECDA, ia sedang menjalankan siasatan ke atas peranan Kinderland dan ketua pusat di Woodlands Mart berhubung insiden tersebut.

Kurangkan Artikel
ECDA sedang meneliti satu kes berasingan berkait seorang lagi guru Kinderland yang dipercayai memukul seorang murid di prasekolah di Sunshine Place.
Guru itu, seorang wanita berusia 48 tahun, ditangkap pada Selasa (29 Ogos).
Menurut Kinderland pada Selasa, ia akan memperluaskan penggunaan CCTV ke semua bilik darjah dan ruang kegiatan murid-murid di pusat Woodlands Mart dan Sunshine Plaza.
Ia menambah pihaknya akan "menguruskan" kesihatan mental guru-guru baharu dan sedia ada menerusi sesi-sesi pertemuan mingguan dan bulanan dengan pengetua.
Rangkaian prasekolah tersebut sudah menambah pilihan untuk ibu bapa menghubungi secara langsung pusat-pusat atau ibu pejabat berhubung apa sahaja perkara.
Dalam satu lagi kenyataan di Facebook, Kinderland Singapore menyatakan pada Rabu bahawa kakitangannya tidak akan dibenarkan menggunakan peranti peribadi mereka semasa waktu mengajar.
Kinderland menjelaskan bahawa dasar baharu itu bertujuan untuk mencegah "penyalahgunaan gambar dan video murid-murid kami".
"Untuk melindungi privasi anak-anak kita, Kinderland sudah menyediakan peranti syarikat untuk menguruskan semua komunikasi dengan ibu bapa. Ini termasuk berkongsi gambar dan video menerusi Aplikasi Pengurusan Prasekolah untuk memaklumkan ibu bapa tentang anak-anak mereka," tambahnya.
Kinderland menekankan bahawa para kakitangan harus menggunakan aplikasi itu melalui peranti yang dikeluarkan syarikat.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.