Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengerusi WP Sylvia Lim, bekas bintang bola sepak SG Quah Kim Song bergelar suami isteri

Anggaran Waktu Membaca:
Pengerusi WP Sylvia Lim, bekas bintang bola sepak SG Quah Kim Song bergelar suami isteri

Gambar: sylvialim65/Instagram

Diterbitkan : 05 Jan 2025 12:23PM Dikemas Kini : 05 Jan 2025 12:24PM
SINGAPURA: Pengerusi Parti Pekerja (WP) Sylvia Lim dan bekas bintang bola sepak negara Quah Kim Song mengumumkan sudah berkahwin.

Khabar baik itu dikongsi Cik Lim menerusi catatannya di Instagram pada Sabtu (4 Jan).
Kedua-dua mereka mengenakan pakaian dengan warna sedondon dalam rona putih di majlis perkahwinan itu, berdasarkan gambar yang dimuat naik Cik Lim.
Pasangan itu dipercayai sudah menjalinkan hubungan selama 12 tahun sebelum melangsungkan perkahwinan itu.

Difahamkan, mereka telah mengadakan majlis tersebut di Gereja St Mary of the Angels di Bukit Batok, dengan keluarga terdekat pasangan tersebut.

Mediacorp sebelum ini melaporkan bahawa Cik Lim, 59 tahun dan Encik Quah, 72 tahun pertama kali bertemu di satu acara WP pada 2013.

Encik Quah kematian isterinya pada 2007, manakala Cik Lim belum pernah berkahwin.

Cik Lim, telah memegang jawatan sebagai pengerusi WP sejak 2003.

Beliau adalah sebahagian daripada pasukan pertama pembangkang untuk memenangi Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) pada 2011 dan kekal sebagai anggota parlimen bagi GRC Aljunied sejak itu.

Sebagai seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan, Encik Quah, 72 tahun, adalah salah seorang bintang terbesar bagi era beliau dan menjadi tunjang pasukan kebangsaan Singapura semasa peringkat akhir Piala Malaysia 1977, di mana beliau turut menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-2 itu.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan