Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengerusi WP Sylvia Lim bakal kahwin dengan bekas bintang bola sepak SG Quah Kim Song

Anggaran Waktu Membaca:
Pengerusi WP Sylvia Lim bakal kahwin dengan bekas bintang bola sepak SG Quah Kim Song

(Gambar: Instagram/Sylvia Lim)

SINGAPURA: Pengerusi Parti Pekerja (WP) Sylvia Lim akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya sejak sekian lama Quah Kim Song pada Januari tahun depan.

Sebagai memberi respons kepada pertanyaan Mediacorp, Cik Lim berkata pada Selasa (22 Okt) bahawa majlis itu "akan diadakan di gereja, dengan kehadiran anggota keluarga".

Encik Quah kematian isterinya pada 2007, manakala Cik Lim belum pernah berkahwin. Mereka telah berpacaran selama hampir 12 tahun.

Menurut laporan media sebelum ini, pasangan itu pertama kali bertemu di acara WP pada 2013.

Cik Lim, 59, telah memegang jawatan sebagai pengerusi WP sejak 2003.

Beliau adalah sebahagian daripada pasukan pertama pembangkang untuk memenangi Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) pada 2011 dan kekal sebagai anggota parlimen bagi GRC Aljunied sejak itu.

Sebagai seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan, Encik Quah, 72 tahun, adalah salah seorang bintang terbesar bagi era beliau dan menjadi tunjang pasukan kebangsaan Singapura semasa peringkat akhir Piala Malaysia 1977, di mana beliau turut menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-2 itu.

Beliau mempunyai 11 adik-beradik, yang mana enam daripada mereka pernah bermain untuk pasukan Singa.
Sumber : CNA/IM/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan