Skip to main content

Singapura

Pengerusi Masjid Khalid, Haji Alla'udin Mohamed meninggal dunia pada usia 71 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Pengerusi Masjid Khalid, Haji Alla'udin Mohamed meninggal dunia pada usia 71 tahun
Diterbitkan : 14 Nov 2024 09:00AM Dikemas Kini : 14 Nov 2024 12:00PM
SINGAPURA: Pengerusi Masjid Khalid, Haji Alla'udin Mohamed, yang berusia 71 tahun, meninggal dunia sekitar pukul 7.15 pagi Khamis (14 Nov).

Berita duka ini disahkan oleh adik Allahyarham, iaitu Mohamed Taifoor Bin Mohamed yang berusia 65 tahun.

Allahyarham meninggal dunia sekitar pukul 7.15 pagi di Hospital Besar Changi (CGH).

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di Blok 5 Haig Road.

Solat jenazah akan diadakan selepas solat Zohor di Masjid Khalid hari ini.
 
Sebelum ini, BERITA Mediacorp melaporkan pada Selasa (12 Nov) bahawa Haji Alla'udin Mohamed kini sakit tenat dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Changi (CGH).

Naib Pengerusi Masjid Khalid, Dr Md Ariffin Md Kawaja Kamaludin berkongsi ketika itu bahawa Haji Alla'udin mengalami pendarahan pada bahagian otak.

Selain sumbangannya selaku Pengerusi Masjid Khalid selama lebih 30 tahun, Haji Alla'udin juga dikenali ramai dengan resipi nasi beriani yang dimasak di masjid tersebut.

Nasi Beriani dan bubur Masjid Khalid yang dimasak oleh para sukarelawan masjid itu juga selalu diagihkan bagi tujuan amal dan kutipan derma.

Pada April lalu, biasiswa sempena nama Allahyarham iaitu Biasiswa Masjid Khalid Alla'udin dilancarkan hasil kerjasama dengan Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM)
Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita