Pengerusi Masjid Khalid, Alla'udin Mohamed sakit tenat di ICU, alami pendarahan otak
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pengerusi Masjid Khalid, Haji Alla'udin Mohamed kini sakit tenat dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Changi (CGH).
Hal itu disahkan oleh anaknya, Shaikh Mohammed Alla'udin melalui panggilan telefon.
Menurutnya, keluarganya kini berada di CGH bersama Haji Alla'udin.
Beliau juga meminta orang ramai memberi keluarganya ruang dan menghormati privasi mereka.

Menjawab pertanyaan BERITA Mediacorp, Naib Pengerusi Masjid Khalid, Dr Md Ariffin Md Kawaja Kamaludin berkongsi bahawa Haji Alla'udin kini dalam keadaan tidak sedar dan mengalami pendarahan pada bahagian otak.
Selain sumbangannya selaku Pengerusi Masjid Khalid selama lebih 30 tahun, Haji Alla'udin juga dikenali ramai dengan resipi nasi beriani yang dimasak di masjid itu.
Nasi Beriani dan bubur Masjid Khalid yang dimasak sukarelawan masjid itu juga selalu diagihkan bagi tujuan amal dan kutipan derma.
Pada April lalu, biasiswa sempena namanya iaitu Biasiswa Masjid Khalid Alla'udin dilancarkan hasil kerjasama dengan Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM).

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.